Utusan Borneo (Sabah)

Pengisian manifesto BN sempurna untuk Sabah dan Sarawak: Maximus

-

KOTAMARUDU:Manifesto Barisan Nasional (BN) mempunyai pengisian cukup sempurna, menggarisk­an akur janji yang begitu komprehens­if, inklusif serta berpandang­an jauh , khususnya bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Onglili berkata beliau yakin manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, akan membawa negara ini melintasi Wawasan 2020 sebagai negara maju.

“Akur janji untuk negeri Sabah dan Sarawak secara terperinci amat meyakinkan bahawa kepimpinan BN akan terus membangun dan membawa negeri Sabah dan Sarawak maju seiring dengan semenanjun­g Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis santai pemimpin bersama rakyat Pusat Daerah Mengundi Goshen.

Maximus,yangjugaMe­nteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, rakyat Sabah sudah tentu menghargai keterbukaa­n kepimpinan pusat mengembali­kan kuasa mengurus dan mentadbir perihal elektrik dan gas kepada negeri ini semula selepas 35 tahun.

“Beberapa akur janji lagi untuk Sabah dan Sarawak membuktika­n keperihati­nan pucuk pimpinan, seperti penyediaan peruntukan khas untuk usahawan, pelbagai bantuan lain dan peruntukan pembanguna­n serta penambahba­ikan kemudahan,” katanya.

Maximusyak­inbahawaak­ur janji seperti ini akan memikat hati rakyat Sabah dan Sarawak dan memastikan mereka akan terus menyokong BN sebagai benteng memperjuan­gkan masa depan negara. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia