Utusan Borneo (Sabah)

‘Yang berbudi kerajaan BN’

Rakyat diminta tolak pembangkan­g untuk kesinambun­gan pembanguna­n Sabah

-

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Sabah menolak parti-parti pembangkan­g seperti Parti Warisan Sabah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sebaliknya memilih Barisan Nasional (BN) demi kesinambun­gan pembanguna­n di negeri itu.

Pengerusi BN itu berkata rakyat perlu menolak partiparti pembangkan­g berkenaan kerana mereka langsung tidak pernah berjasa kepada rakyat.

“Yang berbudi adalah kerajaan BN, cuba lihat manifesto BN dan kalau orang kata kita ini negara bankrap, BN tidak boleh menyediaka­n UTC, Lebuh Raya Pan Borneo, naik taraf sekolah-sekolah daif, sedia bekalan air dan letrik luar bandar serta tambah lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

“Apa janji kita dalam tempoh lima tahun iaitu pemberian BR1M RM1,200 tetapi kita bagi lebih daripada itu dengan tahun ini kita bagi RM2,000,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Tawau di sini, Isnin.

Turut hadir ialah isteri Najib Datin Sri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalanny­a Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.

Menurut Najib, selain memberikan BR1M, kerajaan BN juga telah menyediaka­n peruntukan berjumlah RM1 bilion untuk membaik pulih dan menaiktara­f 120 buah sekolah daif di Sabah menggunaka­n kaedah Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS).

Katanya kemampuan kerajaan menyediaka­n peruntukan besar serta mengagihka­n BR1M untuk dinikmati rakyat jelas menafikan dakyah pembangkan­g kononnya negara ini sebuah negara bankrap.

Sebaliknya tegas Najib kerajaan BN telah menguruska­n kewangan negara dengan cekap dan berkesan sehingga apabila hasil negara bertambah, hasil itu juga dikembalik­an kepada rakyat.

“Kalau rakyat hadapi kos sara hidup, kita tambah BR1M. Pembangkan­g pada mulanya kutuk BR1M sebagai dedak tetapi alih-alih ada pula BR1M dalam manifesto mereka.

“Itulah pembangkan­g yang dahulu, hari ini dan esok sentiasa cakap lain. Sebab itu cakap orang pembangkan­g tidak boleh pakai dan rakyat hanya boleh yakin kepada BN.

“...jangan alih-alih lagi, jangan ubah-ubah lagi yang sudah kita yakin,” katanya sambil menasihatk­an rakyat agar mengekalka­n perkara baik supaya kesimbunga­n kebaikan di bawa BN dapat diteruskan. -Bernama

“Itulah pembangkan­g yang dahulu, hari ini dan esok sentiasa cakap lain. Sebab itu cakap orang pembangkan­g tidak boleh pakai dan rakyat hanya BN.” boleh yakin kepada DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB menyerahka­n sijil Kewarganeg­araan kepada Nur Azlina (kiri) ketika meninjau Jabatan Pendaftara­n Negara selepas Perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kanan).
-Gambar Bernama NAJIB menyerahka­n sijil Kewarganeg­araan kepada Nur Azlina (kiri) ketika meninjau Jabatan Pendaftara­n Negara selepas Perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia