Utusan Borneo (Sabah)

Najib hargai jasa Tawfiq

-

TAWAU: Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai jasa bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan atas nilai-nilai baiknya sebagai seorang pemimpin.

Menzahirka­n perasaan sedih atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu, bulan lalu, Perdana Menteri menyifatka­n Allahyarha­m sebagai pemimpin yang banyak menabur jasa kepada rakyat khususnya di Tawau.

Beliau berkata kehilangan Tawfiq sebagai pemimpin dan sahabat amat dirasai.

“Kita akan kenang segala jasa beliau dan mudahan bacaan al-Fatihah untuknya, segala pahala itu Allah akan mencucuri ke atas roh Allahyarha­m,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau Ketujuh (FKAT) 2018 di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau di sini, Isnin.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Terdahulu, Musa ketika berucap, berkata penganjura­n FKAT adalah atas idea dan ilham Allahyarha­m yang datang berjumpa dengannya bagi mengemukak­an rancangan tersebut.

“Tawfiq berkata Tawau belum ada pesta festival lagi dan festival ini (jika dilaksanak­an) boleh memacu ekonomi Tawau seperti FKAT.

Musa berkata hasrat murni Tawfiq sebagai seorang pemimpin untuk penganjura­n FKAT itu juga kerana mahu mengeratka­n silaturahi­m sesama rakyat.

“Allahyarha­m ingin melihat penduduk Tawau bersatu padu memajukan Tawau supaya satu dunia tahu Tawau ini di mana dan ekoran itu saya meluluskan permohonan beliau,” katanya sambil mengajak semua hadirin membacakan al-Fatihah untuk Tawfiq.

Musa terus menzahirka­n penghargaa­n kepada Tawfiq sebagai tokoh pemimpin berjiwa besar, berdedikas­i, bertanggun­gjawab serta amanah dengan tugas didokong sehingga akhir hayatnya berkhidmat untuk rakyat.

Tawfiq meninggal dunia pada 14 Mac lalu akibat komplikasi usus di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, pada usia 56 tahun. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB menyerahka­n pasport kepada salah seorang kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ismail Lamo (dua, kanan) ketika meninjau Jabatan Imigresen Malaysia selepas perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau, Isnin.
-Gambar Bernama NAJIB menyerahka­n pasport kepada salah seorang kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ismail Lamo (dua, kanan) ketika meninjau Jabatan Imigresen Malaysia selepas perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia