Utusan Borneo (Sabah)

10 ribu pengunjung meriahkan Pesta Kalimaran

-

TENOM: Hampir 10 ribu pengunjung memeriahka­n Majlis Perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini pada Isnin.

Ketua Menteri Tan Sri Panglima Musa Haji Aman berkata, penganjura­n pesta berkenaan berjaya menyatupad­u rakyat di negeri ini.

“Dengan penganjura­n pesta ini, secara tidak langsung menyatukan kita dalam semangat perpaduan dan keharmonia­n yang terjalin erat sesuai dengan semangat 1Malaysia.

“Kehadiran Timbalan Perdana Menteri hari ini juga menyuntik semangat dan iltizam kepada rakyat Sabah untuk terus memartabat­kan kekayaan warisan dan khazanah tradisi kita,” katanya.

Tambah beliau, penganjura­n pesta kali ke-12 itu semakin bertambah baik dengan pelbagai pembaharua­n dan penambahba­ikan.

“Penambahba­ikan yang dilakukan akan memberi nilai tambah dan seterusnya akan dapat meningkatk­an kehadiran pengunjung ke pesta ini.

“Semoga hasrat kita untuk memupuk perpaduan melalui kebudayaan akan berupaya mencapai matlamatny­a dan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pesta itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh dan Presiden Persatuan Murut Sabah merangkap Penasihat Jawatakuas­a Pelaksana Sambutan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 Datuk Rubin Balang.

 ??  ?? ANTARA mereka yang tidak melepaskan peluang menyaksika­n perasmian pesta itu.
ANTARA mereka yang tidak melepaskan peluang menyaksika­n perasmian pesta itu.
 ??  ?? ZAHID (empat dari kanan) memakai topi tradisi masyarakat Murut yang dikenali sebagai Lalandau sambil diperhatik­an Hamidah (dua dari kanan).
ZAHID (empat dari kanan) memakai topi tradisi masyarakat Murut yang dikenali sebagai Lalandau sambil diperhatik­an Hamidah (dua dari kanan).
 ??  ?? ANTARA pengisian pesta adalah pertunjuka­n baju tradisi masyarakat Murut Sabah.
ANTARA pengisian pesta adalah pertunjuka­n baju tradisi masyarakat Murut Sabah.
 ??  ?? ZAHID (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018.
ZAHID (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia