Utusan Borneo (Sabah)

Anak didakwa cederakan ayah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang didakwa mencederak­an ayahnya seorang warga emas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pengurusan kes pada 14 Mei, terhadap Mohd Al Rasul Wasran, 31, yang tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mencederak­an ayahnya yang berusia 68 tahun, pada 3 Januari jam 4 petang di sebuah rumah, Kampung Lok Kawi Baru, Putatan. Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada Mohd Al Rasul yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Cindy menetapkan tarikh yang sama untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa membantu menyembuny­ikan harta curi.

Edward Jerome, 50, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 414 kanun sama, selepas pertuduhan terbabit dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa menyembuny­ikan sebuah motosikal curi, bersama dengan seorang yang masih bebas, pada sekitar 2012 di pekan daerah Tambunan.

Bagaimanap­un tiada jaminan diberikan kepada tertuduh, memandangk­an kini menjalani hukuman bagi kesalahan yang lain.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin melakukan kedua-dua pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia