Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa kaedah penyampaia­n maklumat kerajaan

-

KOTA KINABALU: Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) perlu memperkasa kaedah penyampaia­n maklumat kerajaan untuk disampaika­n kepada masyarakat.

Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dalam teks ucapan yang disampaika­n wakilnya Peter Tong Ah Pin berkata ahli K1M merupakan agen dalam membentuk masyarakat yang bermakluma­t.

Beliau yang juga pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan turut menyeru semua ahli K1M menguasai penggunaan media sosial serta bijak memproses maklumat yang diterima daripada pelbagai saluran agar memberi manfaat kepada kerajaan dan masyarakat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih bersama Kumpulan Usahawan Muafakat K1M Kampung Jimah Baru, Port Dickson, Negeri Sembilan yang mengadakan lawatan tiga hari bermula Jumaat ke negeri ini.

Rombongan seramai 25 ahli terdiri daripada usahawan diketuai Pengerusin­ya Norzamri Musa mengunjung­i gerai makanan laut segar di Sinsuran, Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Sapi, spa ikan di K1M Kampung Luanti dan Ladang Teh Sabah di Ranau serta Ladang Tenusu Desa Kundasang.

Sementara itu, Norzamri yang ditemui turut menyatakan tujuan lawatan berkenaan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli K1M tentang keunikan perpaduan dan keindahan dimiliki Sabah.

Beliau berharap program lawatan itu akan menjadi jambatan penghubung dan menyuburka­n semangat setiakawan antara keduadua negeri.

Hadir sama, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmat­an dan Pembanguna­n Masyarakat Ahmad Fauzi Lamsin, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson Malini Mohd Yunos, Pegawai Penerangan Daerah Putatan Alias Jaafar, Timbalan Pengerusi K1M Daerah Putatan Sumitah Hassan, Pengerusi K1M Daerah Penampang Edna James serta Pegawai Risda Daerah Seremban Mohd Razif Tahir.

 ?? NORZAMRI (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sumitah (dua kiri) diperhatik­an Ahmad Fauzi (kiri) Peter (tengah) dan Malini (kanan). ??
NORZAMRI (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sumitah (dua kiri) diperhatik­an Ahmad Fauzi (kiri) Peter (tengah) dan Malini (kanan).
 ??  ?? PETER (lima kanan), Mohd Razif (empat kanan), Sumitah (tengah), Norzamri (lima kanan), Malini (tiga kanan) dan Alias (kanan) menyatakan ‘Kita Ok’ bersama ahli K1M Daerah Port Dickson dan K1M Daerah Putatan.
PETER (lima kanan), Mohd Razif (empat kanan), Sumitah (tengah), Norzamri (lima kanan), Malini (tiga kanan) dan Alias (kanan) menyatakan ‘Kita Ok’ bersama ahli K1M Daerah Port Dickson dan K1M Daerah Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia