Utusan Borneo (Sabah)

Jentera PRU BN Libaran siap sedia

Semua ahli perlu bersatu padu, bekerjasam­a

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA bersama sebahagian jentera PRU14 BN Parlimen Libaran.

SANDAKAN: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diminta agar tidak ketinggala­n, lalai dan alpa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana terdapat musuh di hadapan, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Haji Aman.

Menurut beliau, semua jentera termasuk Wanita, Pemuda, Puteri, JR, JR Plus, ketua-ketua cawangan serta ahli mesti perlu bersedia, bersatu padu, bekerjasam­a dan bertoleran­si.

Katanya, dalam tempoh menjelang PRU, mereka perlu mengelak daripada sebarang pergaduhan dan perselisih­an faham.

“Kita adalah sebuah keluarga besar. Bukan sahaja di Libaran, tetapi saya meminta semua kawasan dan bahagian bersedia untuk PRU14. Ini adalah bapa kepada segala pilihan raya. Oleh itu kita perlu pastikan aagar kita terus kukuh dan kuat,” katanya semasa berucap melancarka­n Jentera PRU BN Parlimen Libaran di Dewan Serbaguna Libaran di sini pada Isnin.

Menurut Musa, manifesto BN yang dilancarla­n oleh Perdana Menteri beberapa hari yang lepas adalah satu aku janji yang terbaik dan baharu pertama kali menjurus kepada setiap negeri yang ada di Malaysia.

Katanya, Perdana Menteri amat prihatin dan bertanggun­gjawab dalam memberi dan memenuhi kemahuan rakyat.

“Iatermasuk­pembanguna­n di luar bandar meliputi bekalan elektrik, air dan jalan raya. Ini juga termasuk di Sabah dan juga Libaran.

“Tidak dinafikan masih ada tempatyang­belummenik­mati kemudahan ini. Tetapi kita berjanji dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan pastikan semua kawasan akan menikmati kemudahan asas ini sebab peruntukan sudah sedia ada.

“Selepas PRU, kita akan terus buat jalan raya bertar, sediakan api dan air. Ini janji kita dan Perdana Menteri juga sudah janji akan beri kewangan untuk kita terus bangunkan negeri ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu jentera PRU BN agar berfikir untuk menang, bekerja untuk menang dan bertindak untuk menang.

Katanya, mereka tidak boleh bersikap sambil lewa sebaliknya perlu bekerja dan bekerja sehingga PRU selesai.

Pada majlis itu, Musa telah menyerahka­n jaket ves dan bendera kepada Ketua-Ketua Daerah Mengundi sebagai simbolik pelancaran jentera PRU BN Parlimen Libaran.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Naib Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Ketua Bahagian Umno Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya serta pemimpin komponen BN Parlimen Libaran.

“Kita adalah sebuah keluarga besar. Bukan sahaja di Libaran, tetapi saya meminta semua kawasan dan bahagian bersedia untuk PRU14. Ini adalah bapa kepada segala pilihan raya. Oleh itu kita perlu pastikan aagar kita terus ” kukuh dan kuat. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Pengerusi BN Sabah

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia