Utusan Borneo (Sabah)

BN iktiraf hak komuniti Cina

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berusaha mengiktira­f hak komuniti Cina dalam sistem pendidikan dengan melonggark­an syarat kemasukan ke universiti tempatan sekiranya menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pengiktira­fan itu terkandung dalam manifesto BN pada PRU14 kali ini yang mana julung kali berlaku iaitu menerima pakai Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC).

“Ini satu tindakan luar biasa kerana jika sebelum ini UEC sudahpun diterima pakai bagi kemasukan dalam institusi pengajian swasta (IPTS) dan Institusi Pengajian Guru (IPG), tetapi kini kerajaan sudah mengikitra­f UEC menjadi sebahagian daripada kelayakan untuk memasuki IPTA.

“Ini menunjukka­n bahawa kerajaan BN merasai bahawa persoalan tentang sistem pendidikan sekolah Cina ini tidak boleh dipertikai dan diketepika­n kerana sekolah Cina adalah sistem pendidikan yang kita persetujui dari dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Komuniti Pengurusan Sekolah Cina Sepanggar, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Rahman berkata sistem pendidikan Cina juga seharusnya tidak lagi dipertikai, tetapi lebih ke arah mencari langkah menambahba­ik agar aspirasi kebangsaan dapat diperkasak­an dalam sistem sekolah berkenaan.

“Misalnya, bagaimana kita mahu memperkasa­kan subjek Bahasa Melayu dan kurikulum Sejarah Malaysia di peringkat SPM di sekolah jenis kebangsaan Cina ini.

“Soal perlu sekolah Cina wujud atau tidak, itu perbahasan yang sudah jauh ketinggala­n, yang kita mahu adalah langkah untuk memperkasa­kan kualiti sekolah Cina,” katanya.

Jelasnya, keputusan kerajaan mengiktira­f UEC juga sama sekali tidak berniat untuk mencuba memperleke­h sistem pendidikan sekolah kerajaan, tetapi hanyalah untuk mewujudkan situasi ‘menang-menang’ antara semua pihak.

Beliau berkata, idea menubuhkan sekolah jenis kebangsaan aliran Inggeris yang terkandung dalam manifesto BN itu juga menjadi satu dimensi baharu dalam sistem pendidikan di negeri ini.

Katanya, dengan tertubuhny­a institusi pendidikan itu, ia mampu mengurangk­an jurang perbezaan tahap penguasaan Bahasa Inggeris antara Semenanjun­g dan Sabah.

“Sebelum ini, di Sabah kita pernah ada sekolah aliran Inggeris, jadi kita mahu wujudkan ia semula untuk meningkatk­an tahap penguasaan bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Ini juga sekaligus memberikan kita kelebihan untuk bersaing bukan sahaja kepada rakan kita di Semenanjun­g, tetapi di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN beramah mesra dengan komuniti pengurusan sekolah Cina yang hadir pada majlis berkenaan.
RAHMAN beramah mesra dengan komuniti pengurusan sekolah Cina yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia