Utusan Borneo (Sabah)

Ketepikan perbezaan untuk bantu BN menang dalam PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ketepikan perbezaan persefaham­an serta kepentinga­n diri sebaliknya beri keutamaan kepada usaha memenangka­n calon Barisan Nasional (BN) di Sabah khususnya di Sepanggar.

Ketua Wanita Umno Sepanggar Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, sesiapa sahaja calon yang diletakkan adalah soal kedua.

“Perkara yang penting adalah kerjasama dan komitmen semua untuk memberikan yang terbaik bagi memenangka­n calon BN di kawasan Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya menyeru Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang terdiri daripada Pemuda, Puteri dan Wanita dan parti komponen BN di sini supaya bekerjasam­a.

“Kita akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang kita menang agar dapat dikekalkan dan kawasan kelabu kita putihkan,” katanya pada perasmian Program Solidariti Wanita BN Sepanggar, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Jentera JR Plus dari semua pergerakan harus bersatu hati, sekiranya mempunyai perbezaan harus berjumpa dan berbincang bersama-sama.

Katanya, jangan sesekali menyalahka­n mana-mana pihak dan perlu ada semangat kerjasama kuat.

“Saya juga menafikan dakwaan terhadap Pengerusi BN Sepanggar merangkap Pemangku Ketua Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan yang mengarahka­n ahli Umno di sini untuk memboikot program yang dilakukan oleh penyandang kerusi Parlimen Sepanggar sebelum ini,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

 ??  ?? JAINAB (lima kiri), Rahman (enam kanan) dan Yakub (lima kanan) merakamkan gambar kenangan di majlis itu.
JAINAB (lima kiri), Rahman (enam kanan) dan Yakub (lima kanan) merakamkan gambar kenangan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia