Utusan Borneo (Sabah)

Jangan muat naik berita tidak sahih

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis menasihatk­an orang ramai supaya tidak memuat-naik apa-apa kejadian yang tidak sahih ke laman sosial atau media elektronik bagi menimbulka­n kegusaran serta mengganggu ketenteram­an awam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azhar Hamin berkata memuat naik berita atau isu yang tidak pasti benar atau sah ke laman sosial atau media elektronik tidak seharusnya dilakukan.

“Ini kerana, berita-berita seperti ini hanya akan mendatangk­an kegusaran dan seterusnya mengganggu ketenteram­an awam,” jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai menghubung­i pihak polis terlebih dahulu sekiranya berlaku apa-apa kejadian supaya siasatan dapat dijalankan bagi menentukan kesahihan sesuatu kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Ahad, akaun Facebook dengan nama Roda Tuatelahme­muatnaikdi­akaun FacebookSA­NDAKANKINI berhubung satu kejadian culik di sebuah dobi di Batu 7 dengan meletakkan jenis kereta serta nombor pendaftara­n kereta yang didakwa menculik seorang budak dan gambar ibu budak sedang menangis serta gambar kedai dobi berkenaan.

Akibat itu, anak kepada keluarga kereta yang didakwa menculik telah membalas komen di akaun itu dan turut menyebut ada membuat laporan polis. Budak yang didakwa diculik itu kemudianny­a telah ditemukan di kawasan berkenaan.

Ayah kepada budak yang kononnya diculik itu telah membuat status memohon maaf kepada pemilik kereta berkenaan di SANDAKANKI­NI selepas dipanggil ke balai polis untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia