Utusan Borneo (Sabah)

Jentera siber BN perlu proaktif

Sapawi saran supaya dibentuk sinergi tangkis dakyah pembangkan­g

- SAPAWI (tengah) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada salah satu pasukan yang memenangi pertanding­an karnival itu.

SIPITANG: Bagi menangkis tohmahan dan serangan pembangkan­g, jentera siber Barisan Nasional (BN) diminta bersikap proaktif dan bergabung membentuk satu sinergi siber demi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Exco Penerangan Umno Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha itu perlu diperkasak­an bagi menangkis segala serangan yang dibangkitk­an pihak lawan menerusi alam maya.

“Dalam dunia siber ini, Umno dan BN ada jentera siber sendiri yang lebih berprinsip dan berdisipli­n berbanding jentera siber pembangkan­g. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengeliruk­an rakyat, khususnya pengundi baharu.

“Saya yakin jentera siber BN, baikdiband­ar,pinggiranb­andar mahu pun luar bandar, boleh menandingi pembangkan­g. Apa yang penting, kita perlu bersatu dan bersikap proaktif bagi menangkis dakyah pembangkan­g,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Karnival Sukan Parlimen Sipitang di Rumah Rehat Daerah Sipitang, di sini, malam Ahad.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang turut mengingatk­an rakyat terutama di kawasan bandar yang mempunyai akses mudah kepada dunia siber supaya lebih berhati-hati dan sentiasa waspada terhadap maklumat diperolehi.

Katanya, orang muda di bandar tidak lagi bergantung kepada media konvension­al seperti televisyen dan akhbar untuk mendapatka­n maklumat, berbanding masyarakat di luar bandar.

“Kita perlu sentiasa waspada kerana apa yang disebar menerusi dunia siber itu boleh membawa ancaman primitif dan negatif yang mengeliruk­an pemikiran masyarakat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musah.

“Dalam dunia siber ini, Umno dan BN ada jentera siber sendiri yang lebih berprinsip dan berdisipli­n berbanding jentera siber pembangkan­g. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengeliruk­an rakyat, khususnya pengundi baharu. DATUK SAPAWI AHMAD Exco Penerangan Umno Negeri Sabah

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI berucap pada majlis berkenaan.
SAPAWI berucap pada majlis berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia