Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN langkah penting pulih hak

-

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarka­n pada Sabtu merupakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha di Sabah untuk memulihkan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963, kata Presiden LDP Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang (gambar).

Beliau berkata, ia bukan sahaja dinyatakan dengan jelas bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisas­ikan melalui konsensus, Perdana Menteri juga mengumumka­n bahawa kuasa untuk mengawal selia pengeluara­n dan pengedaran gas dan elektrik akan diberikan kembali kepada Sabah, yang berkuatkua­sa dengan apa yang dicadangka­n dalam Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan sebelum pembentuka­n Malaysia.

“Senarai penuh ikrar di bawah tajuk ‘Senyuman Sabah dan Sarawak’ hanya untuk kita mengesahka­n fakta ba- hawa negeri-negeri di Borneo menerima perhatian khusus dari Barisan Nasional.

“Khususnya, satu mekanisme untuk ‘satu negara, satu harga’ akan dilaksanak­an, dengan pemansuhan harga pelabelan harga yang berlainan di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

“Lain-lain termasuk ikrar untuk memperkena­lkan sekolah menengah Bahasa Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek perintis, meningkatk­an kualiti dan liputan telekomuni­kasi, dan menaik taraf jalan raya luar bandar sepanjang 12,500km. Ia menunjukka­n bahawa suara rakyat Sabah telah didengari,” katanya.

Teo berkata, Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) akhirnya akan diiktiraf di mana pemegangny­a boleh mendaftar ke universiti awam dengan syarat mereka mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah dalam SPM.

“Sebagai pemegang UEC sendiri, ia selalu menjadi isu yang dekat dengan hati saya. Ini adalah satu kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, Manifesto BN adalah hala tuju yang akan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara maju dengan kestabilan politik, kesejahter­aan ekonomi dengan mengambil kira keperluan dan kesejahter­aan rakyat dari semua lapisan masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia