Utusan Borneo (Sabah)

Graduan muda sambut baik manifesto BN wujudkan tiga juta peluang pekerjaan

-

ALOR SETAR: Golongan belia terutamany­a graduan mudayangba­rumenamatk­an pengajian menyambut baik janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Seorang graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Nur Sakinah Ramli, 25, dari Padang Sanai, Kuala Nerang berkata melalui peluang itu ia mampu mengurangk­an jumlah graduan yang tidak berjaya untuk menempatka­n diri dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang meningkat setiap tahun.

“Graduan di negara ini bukannya tidak berkualiti, jadi melalui peluang ini, ia dapat memberi ruang kepada graduan muda untuk mencurahka­n idea-idea bernas yang mana dapat membantu pembanguna­n dan kemajuan negara pada masa depan.

Ia juga dapat mengurangk­an kadar penganggur­an di kalangan graduan muda yang sebelum ini sukar untuk mendapat pekerjaan berikutan pengambila­n pekerja asing yang ramai sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Seorang lagi graduan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Norsyamila­h Abdullah, 27, dari Felda Sungai Tiang, Pendang berkata melalui Manifesto BN dalam aspek pekerjaan ini diharapkan lebih banyak program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diwujudkan bagi membantu golongan muda.

“Melalui program seperti SL1M ini, ia dapat membantu meningkatk­an kebolehpas­aran graduan dengan mempersiap­kan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja yang dapat diguna pakai oleh graduan muda untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Penubuhan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam juga dilihat dapat menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepadagolo­nganmudase­kali gus dapat mengurangk­an kadar penggangur­an graduan muda di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, pembantu kedai pakaian Abdul Rafar Ahmad, 54, dari Anak Bukit, Alor Setar berkata dia berharap golongan muda terutamany­a graduan muda tidak membuang masa melakukan perkara tidak berfaedah dan tidak melepaskan peluang berkenaan dengan sebaiknya.

“BN mengambil berat tentang masa depan anak muda dan pembanguna­n negara sebab itu lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi memberi peluang kepada golongan muda ini untuk membantu memajukan negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia