Utusan Borneo (Sabah)

Turun padang, perjelas manifesto

Saranan Musa kepada pemimpin BN Sabah

-

TAWAU:Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah mesti turun padang untuk menjelaska­n Manifesto BN yang inklusif dan komprehens­if bagi memastikan rakyat dapat memahaminy­a dengan baik, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata mereka harus menerangka­n tentang janjijanji khusus untuk rakyat Sabah yang terkandung di dalam Manifesto BN itu, yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Selama ini, apa yang dijanjikan oleh beliau (Najib), beliau kotakan. Kata dikota, janji ditepati, ini semua penting kerana beliau tahu apa gunanya berjanji kalau tidak boleh ditepati,” katanya ketika berucap pada perasmian Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Tawau oleh Najib di sini, pada Isnin.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Rosmah Mansor dan kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yahya Hussin serta Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah.

Sehubungan itu, Musa menasihati rakyat Sabah supaya jangan terpengaru­h dengan para pemimpin pembangkan­g kerana mereka hanya boleh berjanji namun tidak mampu mengotakan­nya.

“BN berani cakap kerana kita ada bukti. Contohnya perasmian UTC di Kota Kinabalu, Keningau dan bakal dirasmikan di Sandakan. Ini bukti penting...ini cara BN,” katanya sambil memberitah­u bahawa rakyat negeri ini menghargai kebaikan pemimpin BN.

Musajugabe­rkatakunju­ngan rasmi Najib ke Semporna dan Tawau mendapat sambutan yang menunjukka­n reaksi positif rakyat kedua-dua daerah i n i terhadap kepimpinan BN.

“Kalau ada orang bercakap ini (daerah) sudah jatuh (ke pembangkan­g), itu bohong serta syok sendiri kerana setiap kali perjumpaan BN bersama rakyat, ramai yang datang dan ini tanda rakyat bersatu hati.

“Rakyat Sabah mahukan perdana menteri yang sihat, yang masih muda. Buat apa perlu cari orang lama, orang lama biarlah berehat, Sabah mahu pemimpin yang sentiasa di hati,” katanya sambil berharap rakyat Sabah akan terus memilih calon-calon BN pada PRU14.-Bernama

“Mereka harus menerangka­n tentang janji-janji khusus untuk rakyat Sabah yang terkandung di dalam Manifesto BN itu, yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu lepas. ” TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? PESTA KALIMARAN... Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama para pemimpin masyarakat Murut serta penduduk Tenom pada perasmian Pesta Kalimaran di Padang Bandaran Tenom, pada Isnin. -Gambar Bernama
PESTA KALIMARAN... Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama para pemimpin masyarakat Murut serta penduduk Tenom pada perasmian Pesta Kalimaran di Padang Bandaran Tenom, pada Isnin. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia