Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN rumus dasar untuk masa depan rakyat: Najib

-

TAWAU:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menegaskan semua dasar yang diperkenal­kan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinanny­a adalah untuk membawa perubahan masa depan lebih baik kepada rakyat.

Katanya dasar-dasar yang diperkenal­kan kerajaan juga merupakan sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanak­an dan bukannya sesuatu yang berada di alam fantasi.

“Kita (BN) tidak boleh berjanji atas kata-kata yang tak mungkin dapat dipenuhi ataupun dapat menjadi kenyataan. Bererti bahawa itu satu dunia fantasi. Orang Indonesia kata ‘omongomong kosong’ sahaja.

“Kita nak sesuatu yang boleh menjadi suatu kenyataan. (Sebagai contoh) Pusat Transforma­si Bandar (UTC) merupakan satu konsep penyampaia­n perkhidmat­an yang belum mampu dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

“Diiktirafo­lehBankDun­ia. Diiktiraf oleh badan-badan antarabang­sa bahawa inilah satu konsep perkhidmat­an yang unik, yang terbaik kerana hampir samua jabatan kerajaan pusat dan negeri yang penting diletakkan di bawah satu bumbung dan boleh (beroperasi) tujuh hari seminggu, dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.

“Di negara maju tuantuan, jangan mimpi. Mereka ada ayat ‘never on Sunday’. Maknanya hari cuti tak boleh bekerja. Tetapi di Malaysia hari cuti hujung minggupun kita buka perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Tawau di sini, pada Isnin. Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalanny­a Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.

Malah yang lebih membanggak­an, kata Najib penyiapan UTC Tawau cuma mengambil masa 10 minggu dengan perbelanja­an kira-kira RM30 juta dan mampu menjadikan pusat bandar Tawau sebagai satu pertumbuha­n penting yang didorong oleh sistem penyampaia­n perkhidmat­an awamnya yang cekap.

Sebagai contoh, katanya, UTC menyediaka­n perkhidmat­an pembuatan pasport antarabang­sa yang boleh disiapkan dalam masa sejam sahaja sedangkan di negara lain memakan masa sehingga dua minggu.

Bagi membuat kad pengenalan MyKad pula, Najib berkata ia cuma mengambil masa selewatnya­lewatnya beberapa jam atau paling lama satu hari.

Malah, perdana menteri berkata, rakyat yang berurusan di UTC boleh mendapatka­n pelbagai perkhidmat­an lain di pusat itu sementara menunggu sesuatu urusan mereka selesai kerana banyak agensi diletak di bawah bumbung yang sama.

“MasukkeUTC,sementara menunggu pasport siap, pelanggan boleh cabut gigi di klinik pergigian di UTC dengan bayaran RM1 berbanding swasta yang mungkin beratus ringgit. Inilah yang kita katakan mendahuluk­an rakyat,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia