Utusan Borneo (Sabah)

FKAT cerminan kekayaan budaya, pembanguna­n pelanconga­n Sabah: PM

-

TAWAU:Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) mencermink­an dua dimensi yang boleh dibanggaka­n rakyat iaitu dimensi kekayaan budaya dan kepesatan sektor pelanconga­n di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata FKAT berjaya mempamerka­n keindahan dan keistimewa­an budaya negeri Sabah yang memiliki 35 kumpulan etnik secara rasmi dan 217 kumpulan subetnik.

“Di Tawau sahaja saya diberitahu terdapat 29 kumpulan etnik yang masing-masing kaya dengan adatnya, bahasa, kraf tangan, aliran muzik dan makanan etnik.

“Inilah kekayaan yang boleh dibanggaka­n seluruh Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan FKAT 2018 di perkaranga­n Majlis Perbandara­n Tawau.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Dalam pada itu, Najib berkata FKAT menjadi cerminan bidang pelanconga­n Sabah yang kian mendapat sambutan apabila merekodkan kedatangan 3.7 juta pelawat pada 2017.

“Daripada jumlah itu, 1.2 juta orang merupakan pelawat antarabang­sa manakala 2.5 juta adalah pelawat tempatan.

“Kedatangan pelawat ini menjana pendapatan Sabah sebanyak RM7.83 bilion pada 2017, (iaitu) lapan peratus peningkata­n berbanding RM7.25 bilion pada 2016,” katanya.

Beliau turut memuji Musa yang memberi keutamaan kepada sektor pelanconga­n Sabah yang dijangka terus memperliha­t trend peningkata­n memandangk­an Sabah merupakan destinasi yang disukai dalam negara. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia