Utusan Borneo (Sabah)

KKE UMS lancar tabung makanan untuk pelajar kurang mampu

-

KOTA KINABALU: Tabung makanan Kolej Kediaman Excellent (KKE) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilancarka­n di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej berkenaan.

Dinamakan sebagai Pit-Stop Abdur Rahman bin Auf, tabung itu merupakan hasil inisiatif Exco Kebajikan Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) KKE.

Yang Dipertua Jakmas KKE Siti Irra Shahirah Mohd Yasin berkata, Pit-Stop Abdur Rahman bin Auf adalah tabung makanan bagi membantu pelajar KKE yang kurang berkemampu­an dan dikhaskan kepada mereka yang benarbenar memerlukan.

“Nama Pit-Stop Abdur Rahman bin Auf diambil daripada nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abdur Rahman bin Auf kerana sikap dermawanny­a yang sanggup mendermaka­n sejumlah hartanya di dalam peperangan Tabuk.

“Justeru, melalui tabung makanan ini ia dilihat mampu menjadi sumber inspirasi kepada pelajar memupuk sikap dermawan dalam diri,” katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, Pengetua Kolej Kediaman Excellent Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, insiatif itu wajar dipuji dan perlu dicontohi kerana ia bukan sahaja menerapkan sifat dermawan dalam kalangan pelajar KKE, tetapi meningkatk­an sahsiah pelajar dengan melahirkan sikap prihatin terhadap sesama manusia.

“Slogan program iaitu ‘Sharing is Caring’ juga merupakan wadah untuk memupuk sifat kasih sayang dan keperihati­nan pelajar dalam membantu mereka yang memerlukan, serta mengaplika­sikan sifat yang mulia ini di dalam kehidupan mereka,” katanya.

Turut hadir pada program itu, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Excellent merangkap Penyelaras Program Mohd Hilmey Saili.

 ??  ?? HILMEY (dua kanan) turut menyumbang makanan ke ruangan Pit-Stop Abdur Rahman bin Auf sambil diperhatik­an Syahruddin (dua kiri) dan Irra (kiri).
HILMEY (dua kanan) turut menyumbang makanan ke ruangan Pit-Stop Abdur Rahman bin Auf sambil diperhatik­an Syahruddin (dua kiri) dan Irra (kiri).
 ??  ?? SYAHRUDDIN (dua kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian PitStop Abdur Rahman bin Auf sambil diperhatik­an Irra (kiri) dan Hilmey (dua kanan).
SYAHRUDDIN (dua kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian PitStop Abdur Rahman bin Auf sambil diperhatik­an Irra (kiri) dan Hilmey (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia