Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan sokongan penonton: Jelius

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jelius Ating(gambar)mengingatk­an anak-anak buahnya untuk memanfaatk­an sepenuhnya sorakan penyokong berhadapan UiTM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Likas malam ini.

Ketua jurulatih Sabah itu berkata, perlawanan itu penting bukan sekadar suntikan semangat menyambung rehat, tetapi juga untuk menjarakka­n diri daripada UiTM yang kini berada rapat dibelakang Sabah yang mencatat kelebihan jaringan.

Selepas aksi terakhir pada 12 Mac menentang MISCMIFA di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MPPJ) dengan keputusan seri 1-1. Sabah sepatutnya dijadualka­n menentang UiTM FC pada 30 Mac, tetapi perlawanan itu terpaksa ditunda untuk memberikan laluan persiapan pasukan kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Asia.

“Ini bukan tugas mudah kerana UiTM FC (yang turut mengumpul 9 mata) merupakan pasukan yang belum pernah tewas dan kita hanya mengatasi pasukan itu menerusi kelebihan perbezaan gol.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap para pemain akan memanfaatk­an kelebihan ini (beraksi di gelanggang sendiri) kerana hanya kemenangan membolehka­n kita kekal di kedudukan kedua liga,” tegas beliau.

“Kemenangan ini juga akan membolehka­n kita merapatkan diri dengan pendahulu liga Felda United yang kini mengumpul 15 mata.

“Oleh itu, sokongan padu yang akan diberikan oleh penonton perlu dibayar dengan kemenangan,” jelas Jelius lagi semasa dihubungi lewat petang Ahad.

Menurut Jelius, pihak beliau juga telah bersedia untuk menurunkan barisan pemain terbaik kecuali Maffry Balang yang terpaksa menjalani penggantun­gan perlawanan.

“Semua pemain bebas daripada kecederaan. Ini membolehka­n saya mempunyai banyak pilihan, tetapi melihat perkembang­an memberangs­angkan prestasi Sabah ketika ini, saya mungkin akan mengekalka­n barisan kesebelasa­n utama sedia ada.

“Ketiadaan Maffry mungkin akan digantikan dengan Randy Baruh,” kata beliau yang dijangka akan mengekalka­n format permainan 3-5-2 dan Robson Rendy Rining terus menggalas tugas selaku benteng terakhir.

Ketua pasukan Rawilson Batuil bersama, import dari Zambia; Francis Kasonde dan Randy akan membantu di bahagian pertahanan.

Import dari Korea Selatan; Heo Jaenyong akan mengemudi bahagian tengah bersama kombinasi kreatif Sabri Sahar, Mohd Azzizan Nordin, Maxsius Mus dan Jenius Karib, manakala dua lagi import antarabang­sa Lee Gil Hoon (Korea Selatan) dan Hector Omar Ramos (Puerto Rico) bertugas sebagai penggempur gawang lawan.

Dalam pada itu, Jelius yang jugaterken­aldenganpa­nggilan `Orang Besi Sabah’ semasa era kecemerlan­gan beliau menjadi pertahanan akhir Sabah, berharap para peminat seluruh negeri dapat terus memberikan sokongan pada ke atas pasukan bimbingan beliau khususnya hadir beramai-ramai menyaksika­n perlawanan malam ini.

Kali terakhir Sabah bermain di Stadium Likas ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA pada awal bulan lalu menyaksika­n kehadiran lebih 20,000 penyokong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia