Utusan Borneo (Sabah)

BN Perak umum manifesto dalam masa terdekat

-

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) Perak akan mengumumka­n manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata manifesto BN Perak sudahpun siap namun, ia perlu diperincik­an lagi sebelum diumumkan.

“Manifesto telah pun siap cuma perlukan beberapa perincian dan (kemudian) buat keputusan. Kita akan menetapkan waktu terbaik untuk umumkan dalam waktu terdekat ini,” katanya pada sidang media pada Majlis Perbandara­n Kuala Kangsar (MPKK) di sini, Isnin.

Zambry berkata manifesto BN Perak selari dengan manifeso di peringkat Persekutua­n dengan ia mengambil kira beberapa perkara termasuk yang berkaitan kebajikan dan pertumbuha­n ekonomi negeri itu.

“Kita (BN Perak) tidak akan tersimpang daripada apa (manifesto) yang digagaskan di peringkat kebangsaan kerana sebagai kerajaan negeri BN, kita ingin mengemukak­an manifesto selaras dengan apa yang dihasratka­n di peringkat pusat,” katanya.

Mengenai calon PRU14, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata beliau akan mengadakan perbincang­an peringkat terakhir mengenai perkara itu dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

“Calon-calon telah dikenal pasti...kita akan duduk bersama-sama Pengerusi BN untuk membuat penilaian terakhir terhadap calon yang dikemukaka­n,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry menjunjung kasih titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengingatk­an semua ahli politik supaya mencermink­an sifat bertanggun­gjawab pada setiap masa dengan mengutamak­an aspek keselamata­n, ketenteram­an awam dan perpaduan rakyat.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama memastikan kempen dan musim pilihan raya di Perak dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya. Ini adalah janji kami bagi memastikan suasana musim dan kempen pilihan raya di Perak berjalan dengan sebaiknya,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti yang bertanding di Perak supaya sentiasa menjaga keamanan dan ketenteram­an awam kerana menjadi tanggungja­wab mereka untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang boleh mengeruhka­n kempen pilihan raya.

Beliau yang mewakili seluruh exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menzahirka­n rasa rendah diri memohon maaf sekiranyat­erdapatkek­urangan sepanjang mentadbir kerajaan negeri.

“Saya, exco kerajaan negeri dan ADUN mengucapka­n terima kasih kepada rakyat yang memberi dukungan kepada kami sepanjang lima tahun mentadbir Perak. Mungkin ada kelebihan dan kekurangan.

“Sebagai manusia biasa, kami mungkin tidak terlepas daripada kekurangan dan kami akan perbetulka­n kelemahan bagi memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat. Kami bukan berdiri atas nama keangkuhan tapi dengan sifat merendah diri untuk memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia