Utusan Borneo (Sabah)

Speaker Terengganu serah notis bubar DUN kepada SPR

-

KUALA TERENGGANU : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong hari ini menyerahka­n watikah pembubaran DUN Terengganu kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya negeri Terengganu.

Mohd Zubir menyerahka­n watikah itu kepada Pengarah SPR negeri, Nik Andy Suwardy Amry di Wisma Darul Iman di sini, pada 12 tengah pada Isnin.

Pembubaran itu bagi membolehka­n pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menerusi satu kenyataan, Mohd Zubir berkata pembubaran tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 44 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, dan mulai hari ini kerajaan sementara akan mengambil tanggungja­wab sehinggala­h kerajaan baharu dilantik selepas pilihan raya.

“Setelah DUN dibubarkan, mengikut perkara 44(4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, hendaklah diadakan pilihan raya umum dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran DUN,” katanya.

Selain itu DUN yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuar­at pada suatu tarikh tidak lewat daripada 90 hari daripada tarikh pembubaran (Isnin).

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumka­n pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10.17 pagi pada Isnin.

Kemudianny­a watikah tersebut diserahkan kepada Mohd Zubir dalam satu majlis ringkas dengan turut dihadiri Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan PAS. BN menang 17 daripada 32 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia