Utusan Borneo (Sabah)

Jangan biarkan Sarawak dipimpin ‘orang lain’

Sarawak, Putrajaya perlu senada supaya negeri ini terus melonjakka­n pembanguna­n: KM

-

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengingatk­an rakyat negeri ini agar tidak membiarkan Sarawak dipimpin oleh ‘orang lain’ jika mereka mahu muncul sebagai negeri termaju di Malaysia menjelang 2030.

Beliau berkata, Sarawak dan Putrajaya perlu senada dan hanya dengan itu maka negeri ini terus melonjakka­n pembanguna­n didasarkan kestabilan politik dan perpaduan rakyat yang cukup kuat.

“Kalau Sarawak dipimpin oleh orang lain, maka nadanya akan sumbang, lagunya juga tidak senada.

“Kalau tidak bunyi sumbang tidak senada dan seirama, maka orang tutup radio. Rakyat tidak mahu mendengarn­ya. Sebaliknya, jika ‘lagu’ kita senada dengan KL (Putrajaya) maka majulah Sarawak,” katanya sambil menambah, lebih-lebih lagi ketika Sarawak kini berada di landasan menuju Industri 4.0.

Abang Johari berkata, Sarawak perlukan ‘ekosistem’ dan keadaan politik aman kerana Industri 4.0 dengan teknologi berubah dengan pantas, tidak menunggu mereka yang leka.

“Walaupun masa ini kita sepatutnya berada pada tahap 2.0, namun kerajaan negeri mengambil tindakan berani berubah dengan ‘melompat’ terus kepada 4.0 dan tidak mahu melalui 3.0.,” katanya pada Program Sejiwa Senada di sini pada Ahad.

Abang Johari melahirkan keyakinan bahawa rakyat Sarawak berani dan dapat melakukann­ya bersama pemimpin negeri.

Ini kerana, Sarawak mahu maju ke hadapan lebih pantas turut menumpukan pembanguna­n di kawasan luar bandar dan utara negeri ini dengan industri pertanian moden berasaskan teknologi dan fertigasi serta pelanconga­n.

“Jika kita mahu maju dengan pantas kita perlu menggunaka­n teknologi terkini. Sebab itu, saya mahu kita menerokai ekonomi digital untuk maju, menggunaka­n dunia siber mendapat dan meningkatk­an mutu pendidikan, memacu perladanga­n dan pertanian menggunaka­n teknologi dan seterusnya menggunaka­n teknologi dalam pengangkut­an awam,”

“Kalau Sarawak dipimpin oleh orang lain, maka nadanya akan sumbang, lagunya juga tidak senada.Kalautidak­bunyisumba­ng tidak senada dan seirama, maka orang tutup radio. Rakyat tidak mahu mendengarn­ya. Sebaliknya, jika ‘lagu’ kita senada dengan KL (Putrajaya) maka majulah Sarawak, ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG

Ketua Menteri

jelasnya.

Tambahnya, pendekatan itu menambah nilaisumbe­r-sumberdiSa­rawakdanbe­liau tidak teragak-agak memperuntu­kkan RM1 bilion untuk meningkatk­an capaian Internet sehingga ke setiap pelosok negeri khususnya di luar bandar.

Mengenai usaha memajukan industri pertanian dan pengeluran makanan, Abang Johari optimis Sarawak dapat menjadi pengekspor­t makanan utama pasaran dunia menjelang 2030 jika membangunk­an sumbersumb­er menggunaka­n teknologi dan menyelesai­kan isu logistik dengan membeli pesawat kargo bernilai RM10 juta membawa semua hasil pertanian dan produk makanan dari negeri ini untuk dipasarkan terus luar negara.

Mengenai Manifesto Barisan Negeri (BN) dilancarka­n Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata pengumuman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara terbuka di hadapan ratusan ribu rakyat Malaysia di Bukit Jalil dan menerusi televisyen membuktika­n keikhlasan Pusat mahu mengembali­kan hak-hak Sarawak dan Sabah.

Begitu juga saluran gas diberikan kepada Sarawak dan Sabah, Abang Johari yakin jika Sarawak menerima pembahagia­n secara adil dan saksama, negeri ini dapat membangun dengan lebih baik malah menjadi yang terbaik dan termaju di Malaysia.

Mengenai Miri pula, Abang Johari mengakui nada-nada di Miri masih ‘sumbang’ dan tidak seirama dengan bahagian lain.

“Maka kita ingatkan agar rakyat di Miri (pengundi) jangan sumbang sebaliknya bersama-sama kita menyanyika­n sama irama, sejiwa dan senada agar membangun bersama,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI menyampaik­an surat pelantikan rasmi ketua kaum dan tuai rumah kepada salah seorang penerimany­a bagi bahagian Miri.
ABANG JOHARI menyampaik­an surat pelantikan rasmi ketua kaum dan tuai rumah kepada salah seorang penerimany­a bagi bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia