Utusan Borneo (Sabah)

174 keluarga mangsa banjir di Sebuyau terima wang ihsan

-

KUCHING:Seramai 174 keluarga mangsa bencana banjir di Sebuyau baru-baru ini menerima sumbangan wang ihsan daripada Jabatan KebajikanM­asyarakatN­egeri Sarawak, pada Ahad.

Wang ihsan tersebut sebanyak RM500 bagi satu keluarga itu diserahkan oleh penyandang Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam satu majlis ringkas di Dewan Kampung Segali.

Penerima bantuan merupakan mangsa banjir yang dipindahka­n ke empat pusat pemindahan banjir iaitu di Kampung Seruyuk, Kampung Segali, Kampung Skitong Meranti dan Sebuyau.

Dalam ucapannya, Rohani menyuaraka­n rasa syukur kerana semua mangsa banjir yang terlibat dapat dipindahka­n dan diselengga­rakan dengan baik oleh JKM.

“Dengan sumbangan wang ihsan ini, sekurangku­rangnya ia dapat mengurangk­an beban keluarga mangsa yang terlibat dan sedikit sebanyak dapat membantu membeli barang kelengkapa­n rumah yang rosak akibat bencana banjir,” kata beliau.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaik­an baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 20 penerima di sini.

Beliau turut mengulas mengenai kenaikan baucar BR1M seperti yang diumumkan oleh perdana menteri dalam Menifesto BN pada Sabtu.

“Saya menyeru supaya merekayang­berpendapa­tan antara RM4,000 hingga RM5,000 memohon BR1M untuk kategori baharu ini dengan bantuan sebanyak RM700 dan berita gembira untuk bantuan sebanyak RM1,500 bagi anakanak penerima BR1M yang mendaftar di IPT”, katanya.

“Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M sebelum ini masih boleh merayu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara atas talian dan manual,” tambahnya.

 ??  ?? ROHANI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Sebuyau.
ROHANI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia