Utusan Borneo (Sabah)

BDA yakin Kempen Antikutu Sampah akan berjaya

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyeru penduduk Bintulu untuk sama-sama menangani tabiat buruk membuang sampah merata-rata dan menyokong Kempen Antikutu Sampah sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar (GM) BDA Rodziah Morshidi berkata, melalui sokongan itu diharapkan sampah tidak dibuang sesuka hati di atas jalan, dalam longkang dan merata-rata, sekali gus kawal selia diri dapat diterap untuk mendidik masyarakat mengenai tabiat membuang sampah dengan betul.

Katanya, mungkin memakan tempoh panjang untuk menerap tabiat baik kepada semua orang tetapi melihat kepada kesan awal kempen ini, didapati Bintulu dalam keadaan bersih sekarang.

“Keutamaan penting ialah perlu diberi peringatan setiap hari akan memberi kesan kepada semua orang untuk mengamalka­n tabiat yang baik dalam penjagaan kebersihan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-40 BDA dan Malaysia LNG Group of Companies di Taman Tasik Muhibah, pada Ahad.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MLNG Pau Kiew Huai, CEO merangkap Pengarah Urusan Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd Lucas Takip, Timbalan Pengurus Besar BDA Abdullah Mohd Sheriff, Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali, Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Hii Toh Him, Temenggung Datuk Barry Yek dan Pemanca Datuk Dr Francis Toh.

Begitupun katanya, usaha untuk memberi peringatan, pendidikan­danmeningk­atkan kesedaran dalam kalangan orang ramai perlu sentiasa digalakkan dari semasa ke semasa.

Rodziah berkata, 40 tahun merupakan tempoh yang panjang untuk BDA dan beliau bekerja di BDA pada Jun 1983.

Katanya, apabila berkhidmat kepada orang awam maka kerja-kerja yang dilakukan pastinya tidak akan pernah selesai malah kadangkala menghadirk­an kekecewaan.

“Apa yang ketara bagi saya ialah ada orang yang tidak menghargai kebersihan dan keindahan bandar.

“Apabila pergi ke laluan jalan atau sepanjang jalan pesisir melihat ramai orang berkumpul terutama hujung minggu dengan botol minuman, saya memikirkan sejauh mana kerja-kerja mengutip sampah dapat dibuat sekiranya masih ada yang tetap dengan tabiat membuang sampah sesuka hati,” katanya.

“Itusebabny­akamiperlu­kan orang awam bersama kami. Kalau tidak dapat tegur, ambil gambar dan hantar kepada kami.

“Saya memberitah­u penguat kuasa untuk serbu mereka yang lakukan perkara itu (pembuangan sampah),” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia