Utusan Borneo (Sabah)

Program Mesra Rakyat galak penyertaan aktif masyarakat

-

SIBU: Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) penting dalam menggalakk­an penyertaan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira umur, keturunan, bangsa dan agama dalam semua aktiviti kampung.

Pegawai Kemas Daerah Selangau Dayangku Syariani Awang Jubaidi berkata, dewasa ini penyertaan golongan muda dalam aktiviti kampung amat kurang.

“Hal ini merupakan isu utama yang perlu ditangani di setiap kampung kerana kita tidak mahu melihat pada alaf 21 nanti tiada lagi adat budaya kita diketengah­kan.

“Kita tidak mahu melihat generasi muda berjaya dalam kerjaya tetapi kurang pengetahua­n berkaitan adat resam sendiri.

“Kita sebagai golongan emas perlu memberi peluang untuk anak-anak muda menceburi dalam aktiviti kampung agar kita dapat melatih pelapis untuk membangunk­an kampung kita,” ujarnya.

Syariani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Mesra Rakyat Kemas N.55 Nangka dan Kepengguna­an di Dewan MUC, pada Sabtu.

Majlis penutup disempurna­kan oleh Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n DalamNeger­i,Koperasida­nkepenggun­aan Cawangan Sibu Roslee Maslie, Penghulu Kasim Mohamad serta yang lain.

Sementara Siaw dalam ucapannya berkata, Program Mesra Rakyat itu merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan lagi hubungan baik antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

“Usaha ini adalah salah satu inisiatif yang membolehka­n masyarakat memahami khidmat agensi kerajaan seperti Kemas kepada masyarakat,” ujarnya.

Siaw juga memberitah­u, kerajaan sentiasa berusaha meningkatk­an taraf hidup rakyat tidak kira di bandar atau luar bandar, menangani masalah kemiskinan, gejala sosial dan menyediaka­n kemudahan.

 ??  ?? SIAW (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Roslee sambil diperhatik­an Syariani dan Kasim.
SIAW (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Roslee sambil diperhatik­an Syariani dan Kasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia