Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Kitar Semula Labuan bantu PIBG SM St. Anthony

-

LABUAN:PusatKitar­Semula Labuan (Recycle Centre) telah menyumbang­kan RM1,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah St Anthony.

Menurut wakil pusat itu, ia merupakan sebahagian daripada projek amal mereka dalam membantu masyarakat di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pada tahun ini, mereka memilih untuk membantu sekolah. Sumbangan yang sama telah diberikan kepada SM St Anthony pada tahun 2013 sebanyak RM2,000.

Yang Dipertua PIBG SM St Anthony Chia Sia Theng mengucapka­n terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Pusat Kitar Semula Labuan kerana sudi membantu pihak sekolah.

Beliau berkata sumbangan itu akan disalurkan ke dalam akaun Fund Raising PIBG untuk menambah dana bagi projek membina dewan berbumbung sekolah yang dijangka akan bermula pada pertengaha­n Mei 2018.

Beliau juga mengalu-alukan pihak badan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma dana bagi projek berkenaan.

Sementara itu, Pengetua SM St Anthony Dona Undoh berkata sekolah itu mempunyai 438 pelajar pelbagai kaum yang majoritiny­a berbangsa Cina, iaitu lepasan murid dari SJK(C) Chi Wen dan SJK(C) Chung Hwa, Bumiputera Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan dari SKK St Anne, SK Pekan 1, SK Pekan 2, SK Patau Patau SKK Rancha Rancha dan SK Membedai.

Chia turut mengucapka­n terima kasih dan rasa syukur kerana pihak NGO sudi membantu sekolah itu menerusi PIBG.

 ??  ?? CHIA (dua kanan) menerima cek sumbangan daripada Pusat Kitar Semula Labuan.
CHIA (dua kanan) menerima cek sumbangan daripada Pusat Kitar Semula Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia