Utusan Borneo (Sabah)

Lagu ‘Pasti Kau Milikku’ terbaharu Pretty Ugly penuh dengan elemen kemelayuan

-

KUMPULAN Pretty Ugly, yang telah sekian lama menyepi, tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Pasti Kau Milikku’ yang mengandung­i elemen kemelayuan.

Vokalis utama kumpulan itu, Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin berkata berkata single terbaharu itu adalah hasil kerjasama dengan pencipta lirik terkenal Azam Dungun.

“Ini adalah eksperimen pertama kami menggabung­kan susunan muzik moden dan tradisiona­l, dan kami harap lagu ini diterima ramai,” katanya kepada Bernama.

“Saya pertaruh lagu ini kerana lagu ini adalah eksperimen pertama saya untuk mencipta lagu yang betul-betul mempunyai elemen muzik Melayu diubah (menjadi) lebih moden,” katanya.

Neves berkata single yang dilancarka­n bulan lepas diterbitka­n oleh Cdbagasi Music itu mengenai ketabahan seorang lelaki terhadap cinta tidak berbalas yang akhirnya diterima.

“Beza dengan lagu ‘Diari Seorang Lelaki’ ialah muzik berbeza. Melodi lagu ni lebih kepada berbau Melayu, cuma susunan muzik kami modenkan. ‘Diari Seorang Lelaki’ ialah genre ‘acid jazz’, ‘Pasti Kau Milikku’ bergenre moden rock,” katanya

Kumpulan itu yang turut dianggotai Mohammad Raziz Zainal Abidin (Jay/ gitar utama), Nik Muhammad Histami Nik Mohammad Din (Neti ‘O’/ dram) dan Ikhwan Ajwad Rawyani (Juad/ bass) lebih senang menyajikan lagu yang menjadi permintaan peminat masa kini, katanya.

Beliau berkata lagu terbaharu ini turut dimuat naik dalam YouTube, dan bagi peminat, mereka boleh melayari laman sesawang Facebook Pretty Ugly/ band atau Facebook dan Instagram peribadiny­a nevespugly untuk mengikuti perkembang­an mereka.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 dengan nama Seven itu menukar nama kepada Pretty Ugly selepas menandatan­gani kontrak dengan KRU Records bagi mengelak menumpang kemashyura­n Sheila On 7 dari Indonesia yang sedang popular pada masa itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia