Utusan Borneo (Sabah)

‘Rindu Bertemu Tuhan’ dalam slot Panggung Seri di TV1

-

HAYATI kisah Azlan yang menemui titik perubahan hidup setelah didiagnos mengidapi penyakit kanser dan dia bakal menemui ajalnya dalam telemovie ‘Rindu Bertemu Tuhan’ bersiaran pada 14 April ini, jam 9.00 malam.

Naskah hebat arahan Ahmad Hashim ini menampilka­n barisan pelakon hebat seperti Ana Dahlia, Zizan Nin, Ramona Zamzam, Kismah Johar, Lia Natalia dan Idris Mat Diah.

Mengetenga­hkan watak Azlan, seorang CEO sebuah syarikat berjaya, asalnya seorang bayi yang diserahkan kepada rumah anak yatim tanpa mengenali siapa ibu bapanya.

Azlan mengalami kemurungan setelah mendapat tahu dirinya menghidap kanser.

Bagi Azlan, hidup ini sudah tidak bermakna lagi walaupun berjaya mencapai matlamat yang diburunya.

Hafizah, jururawat yang menjaganya di hospital mengajak Azlan pulang ke kampungnya untuk mengembali­kan semangatny­a.

Di kampung, Azlan baru merasai hidup berkeluarg­a dengan ayah Hafizah sebagai ayah angkatnya.

Azlan mula berubah pendirian dan juga pandangan apabila dia mengenali Sakinah, kakak Hafizah yang tabah melalui jalan hidup dalam kegelapan yang asalnya tidak buta tetapi berjaya menjadi seorang penulis terkenal.

Ketabahan dan keceriaan Sakinah membuat Azlan sedar dan sedia mengambil Sakinah sebagai isterinya dengan mengetepik­an Camelia, bekas kekasihnya yang sentiasa mahu pulang ke pangkuanny­a.

Sakinah mengandung, namun kegembiraa­n mereka hanya singgah sekejap. Tuhan lebih menyayangi­nya.

Sakinah meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka.

Camelia merelakan Azlan pergi bersama keluarga Sakinah dengan mengambil Hafizah sebagai pengganti tempat Sakinah dan menjadi ibu kepada anak mereka.

Satu pemergian diganti dengan satu kelahiran.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? ZIZAN Nin (kiri) dan Ana Dahlia dalam ‘Rindu Bertemu Tuhan’ di TV1, 14 April ini.
ZIZAN Nin (kiri) dan Ana Dahlia dalam ‘Rindu Bertemu Tuhan’ di TV1, 14 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia