Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN komprehens­if, menjulang negeri Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional

(BN) bagi Pilihan Raya

Umum Ke-14 (PRU14) memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat, khususnya di Sabah sebagai kubu BN, kata Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa

(KPD) Datuk Saddi Abdul Rahman.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau berkata manifesto berkenaan cukup komphrensi­f dan inklusif yang mendengar denyut nadi seluruh lapisan rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kedua-dua negeri ini nampak begitu dekat di hati pemimpin Pusat walaupun terpisah jauh oleh Laut China Selatan.

“Nyata sekali bahawa laut bukan lagi menjadi pemisah kerana Sabah dan Sarawak diiktiraf sumbangan dan peranannya sebagaiman­a perhatian diberikan menerusi manifesto yang dilancarka­n ini,” katanya.

Katanya manifesto yang menggarisk­an 364 inisiatif itu merupakan satu dokumen terbaik ke arah memakmurka­n rakyat kerana ia menjanjika­n programpro­gram menjurus ke arah menghebatk­an Malaysia ke persada lebih tinggi.

Saddi berkata manifesto yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu merupakan khabar gembira bagi Sabah dan Sarawak apabila komitmen dizahirkan oleh Perdana Menteri untuk memastikan kelangsung­an agenda pembanguna­n di kedua-dua negeri.

Lebih penting katanya, jaminan mengenai hak-hak terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk dikembalik­an jika ada yang terambil.

“Begitu juga isu kuota guru-guru Sabah dan Sarawak, pelaksanaa­n projek PanBorneo yang membuktika­n pemimpin mendengar suara hati dan keluh-kesah di akar umbi,” katanya sambil menambah, BN Sabah kini pada kedudukan terbaik di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

 ??  ?? SADDI
SADDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia