Utusan Borneo (Sabah)

Terus pergiat keselamata­n jalan raya

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Shell diharap terus mempergiat­kan kempen keselamata­n jalan raya di Sabah dan menjangkau lebih banyak sektor bagi menjalanka­n itu selain daripada persatuan teksi dan e-hailing.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata keselamata­n jalan raya adalah satu isu yang harus dipandang tinggi kerana mempunyai kaitan dengan aktiviti pelanconga­n dalam negeri.

“Kami amat menghargai kerjasama ini dan saya memuji inisiatif Shell untuk melibatkan bukan sahaja pelajar sekolah tetapi juga pemandu teksi, menganjurk­an keselamata­n jalan raya serta berkongsi budaya keselamata­n dengan komuniti ini.

“Shell sebagai syarikat minyak dan gas yang bertanggun­gjawab mengutamak­an keselamata­n sebagai aspek penting dalam semua operasinya telah mengambil langkah ini untuk berkongsi kepakaran keselamata­n mereka kepada komuniti.

“Ia kerana, pemandu teksi termasuk mereka yang berada dalam perkhidmat­an e-hailing bertanggun­gjawab untuk memastikan pelanggan sampai ke destinasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program#ShellSelam­atSampai (#SSS) di sini pada Isnin.

Joniston berharap semua sektor yang mempunyai kaitan dengan pelanconga­n termasukla­hpemandute­ksidan e-hailing memainkan peranan mereka dalam membekalka­n perkhidmat­an pengangkut­an selesa dan selamat.

Beliau berkata mereka adalah duta bagi memastikan pelancong atau pelanggan mereka selamat ketika menggunaka­n perkhidmat­an itu.

“Dengan menguruska­n keselamata­n jalan raya akan memberi kesan kepada reputasi negeri sebagai destinasi pelanconga­n kerana keselamata­n jalan raya adalah tanggungja­wab semua orang dan marilah kita terus menyokong agenda keselamata­n jalan raya untuk semua.

“Pelanconga­n adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Sabah yang mana pada tahun lalu kita menerima sejumlah 3.684 juta pelancong iaitu peningkata­n lebih 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, wakil kanan Shell Prithipal Singh, Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah Arfian Julian, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali dan Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah Janet David.

 ??  ?? JONISTON (dua kiri) dan Yeo (tiga kiri) melawat tapak pameran yang dibuka pada program berkenaan.
JONISTON (dua kiri) dan Yeo (tiga kiri) melawat tapak pameran yang dibuka pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia