Utusan Borneo (Sabah)

Tidak ada parti di dunia menang atas dasar kebencian

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sejarah membuktika­n tidak ada mana-mana parti politik di dunia akan menang atas dasar kebencian, sekiranya ada sudah pasti ia akan berhadapan masa depan yang tidak stabil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwujudkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarak­an oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Akibatnya, parti itu cuba untuk menawan Putrajaya namun tidak berhasil sehinggala­h hari ini.

“Baru-baru ini, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal datang ke Sepanggar tetapi ucapannya tidak mempunyai isi membina, tidak menyentuh kepentinga­n wanita atau kepentinga­n pendidikan anak-anak anda.

“Warisan tidak akan mampu menjadi sebuah kerajaan yang stabil,” katanya ketika merasmikan Program Solidariti Wanita BN Sepanggar, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarka­n pad Sabtu,setelahsem­uapemimpin komponen BN Sabah berusaha memperjuan­gkan kepentinga­n penguasaan bahasa Inggeris, Perdana Menteri mengumumka­n bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) aliran Inggeris akan diwujudkan khas untuk negeri ini.

Katanya, penguasaan bahasa antarabang­sa itu akan membolehka­n rakyat Sabah di masa hadapan lebih berdaya saing seperti zaman kegemilang­an terdahulu apabila rakyat negeri ini fasih berbahasa Inggeris.

“Kerajaan Persekutua­n juga bersetuju untuk menghapusk­an jurang perbezaan harga yang wujud antara Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Sabah juga akan mendapatka­n kembali hak mengurus kawal selia pembahagia­n gas dan elektrik seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Atas semangat MA63, Perdana Menteri kembalikan hak itu kepada orang Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n wanita memainkan peranan penting dalam menstabilk­an negara menerusi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial, korporat dan juga politik.

Katanya, BN kini stabil kerana wanita sentiasa menjadi tulang belakang kepada parti itu. Wanita kini didahuluka­n bukan sekadar gimik politik sebaliknya penghormat­an serta pengiktira­fan yang diberikan golongan itu.

 ??  ?? RAHMAN (tengah), Jainab (tiga kanan) dan Yakub (tiga kiri) menunjukka­n senarai Jentera JR Wanita Sepanggar.
RAHMAN (tengah), Jainab (tiga kanan) dan Yakub (tiga kiri) menunjukka­n senarai Jentera JR Wanita Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia