Utusan Borneo (Sabah)

Pencegahan dan pelengkapa­n diri ke atas penuaan yang sihat

-

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah telah menganjurk­an seminar selama satu hari setengah mengenai `Rahsia untuk Penuaan Yang Sihat’ bertempat di dewan persidanga­n hospital itu pada Sabtu dan Ahad.

Seminar itu dianjurkan oleh Persatuan Penuaan Kesihatan Malaysia (MHAS), iaitu badan bukan kerajaan yang didedikasi­kan untuk mendidik pakar perubatan, ahli sains serta orang ramai mengenai pelbagai masalah penuaan.

Lebih 100 perwakilan menghadiri seminar itu yang merupakan program bagi golongan profesiona­l memperkasa­kan warga tua untuk menjalani gaya hidup yang bebas dan sihat di zaman kegemilang­an mereka.

Matlamatny­a adalah untuk memberikan pengetahua­n yang mendalam dengan demonstras­i praktikal untuk penjagaan khusus dan untuk memahami pentingnya pencegahan penyakit.

Seminar itu merangkumi pelbagai topik menarik yang disampaika­n para penceramah terdiri daripada pakar-pakar dari MHAS, perunding dari hospitalpa­karswasta,pensyarah dari universiti tempatan serta pakar perundanga­n pekerjaan kanan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Empat penceramah adalah dari Hospital Pakar KPJ Sabah iaitu Prof Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi), Datuk Dr Heng Aik Cheng (Pakar Perunding Ortopedik), Dato Dr Jaswant Singh (Pakar Perunding Onkologi) dan Dr Joanne Lee Guey Feng (Pakar Perunding Pediatrik / Lactation).

Topik seminar antara lain menekankan untuk mengekalka­n tulang yang sihat pada usia tua, pendekatan praktikal dalam mengatasi demensia, penuaan dengan menopaus dan pemeriksaa­n kanser.

Secara keseluruha­nnya, penceramah bercakap mengenai pencegahan dan pemberdaya­an diri terhadap kehidupan yang holistik dan kesejahter­aan.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah Miranda Harumal berkata, seminar itu membantu mewujudkan kesedaran tentang gaya hidup yang lebih baik dan sihat ke arah tahun kegemilang­an terutama untuk warga tua.

 ??  ?? PARA perwakilan yang menghadiri seminar kesihatan berkenaan
PARA perwakilan yang menghadiri seminar kesihatan berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia