Utusan Borneo (Sabah)

Didik lebih bijak,berfikir kritikal, tambah ilmu penggunaan media

UCSF anjur program ‘Media Literacy and Creative Thinking’

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan telah menjalinka­n kerjasama dengan University College Sabah Foundation (UCSF) bagi melaksanak­an Program ‘Media Literacy and Creative Thinking’ di Sandakan.

Program itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Pejabat Barisan Nasional (BN) Parlimen Sandakan Datuk Lim Ming Hoo yang bertujuan mendidik para remaja berhubung literasi media.

Sebanyak tiga sekolah di daerah ini terlibat dalam program itu antaranya SMK Saint Mary, SMK Muhibbah dan SMK Konven St Cecillia.

Lim dalam ucapannya menyambut baik penganjura­n program itu kerana ia dapat menambah pengetahua­n remaja berhubung penggunaan media.

Katanya, dengan memahami fungsi media dan jenis kandungan media, ia secara tidak langsung menjadikan remaja pengguna aktif dan bijak.

“Dengan mempelajar­i cara-cara untuk menjadi pengguna media yang bijak, golongan remaja diharapkan akan mampu berfikir secara kritikal dalam menggunaka­n kandungan media, sama ada media massa ataupun melalui pelbagai platform media sosial agar lebih bermanfaat kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Dekan Faculty of Developmen­t and Multicultu­ral Studies (FDMS) UCSF Dr Melly Ridaryanth­i memberitah­u, program itu bertujuan membangunk­an kemahiran baharu yang melatih para pengguna untuk berfikir secara kritikal selain memupuk pendekatan analitis mengenai sebarang maklumat yang diterima melalui media.

“Program ini juga bertujuan melatih anakanak muda untuk berfikir secara kreatif dengan pembinaan deskripsi melalui pemaparan imej yang bertemakan kepelbagai­an budaya dan masyarakat yang sedang membangun.

“Aktiviti yang dijalankan secara berkumpula­n menerusi program ini juga dilihat mampu mengasah dan mengasak minda mereka dalam membentuk kapsyen yang lebih baik ketika memuat naik imej ke laman media sosial,” katanya.

Di samping itu, Melly berkata Media Literacy and Creative Thinking

berperanan menyokong dan mendukung usaha kerajaan bagi mengekang berita tidak benar.

“Program ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap slogan ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’ yang digunakan oleh sebenarnya.

my iaitu portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk masyarakat menyemak kesahihan maklumat atau melaporkan berita yang tular menerusi platform media sosial,” katanya. “Dengan mempelajar­i cara-cara untuk menjadi pengguna media yang bijak, golongan remaja diharapkan akan mampu berfikir secara kritikal dalam menggunaka­n kandungan media, sama ada media massa ataupun melalui pelbagai platform media

” sosial agar lebih bermanfaat kelak.

DATUK LIM MING HOO

Setiausaha Pejabat Barisan Nasional (BN) Parlimen Sandakan

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) SEBAHAGIAN pelajar SMK St Mary merakamkan gambar kenangan bersama pensyarah UCSF yang terlibat dalam program itu.
(Gambar kiri) SEBAHAGIAN pelajar SMK St Mary merakamkan gambar kenangan bersama pensyarah UCSF yang terlibat dalam program itu.
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar SMK St Mary yang mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpula­n.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar SMK St Mary yang mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpula­n.
 ??  ?? PARA pelajar SMK Konven St Cecillia merakamkan gambar kenangan bersama pensyarah UCSF.
PARA pelajar SMK Konven St Cecillia merakamkan gambar kenangan bersama pensyarah UCSF.
 ??  ?? PARA pensyarah UCSF merakamkan gambar album bersama sebahagian pelajar SMK Muhibah.
PARA pensyarah UCSF merakamkan gambar album bersama sebahagian pelajar SMK Muhibah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia