Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah polis: Wanita tempatan dan rakan dipenjara, denda

Wanita tempatan dan rakan dipenjara, denda

- Oleh CLARICE USOP SARIMAH (tengah) diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah.

KOTA KINABALU: Tindakan seorang wanita tempatan memberikan rasuah kepada polis, kerana membantu rakannya yang tidak memiliki dokumen diri, menyebabka­nnya dikenakan penjara dan denda.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sarimah Sarau, 25, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

“Anda ingin menolong rakan, tetapi kini anda yang susah. Mahkamah mengenakan penjara sehari bermula dari tarikh sabitan dan denda RM10,000 atau penjara sebulan,” katanya.

Tertuduh memberikan suapan RM2,000 kepada Asisten Superinten­dan (ASP) yang bertugas di Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Sebagai dorongan tidak mengambilt­indakanter­hadap rakannya Farensha Satia, 27, yang tidak memiliki dokumen diri, pada 1 Januari jam 3 pagi hingga jam 3.25 pagi di tempat sama.

Sarimah disabitkan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, penjara selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Manakala Farensha dikenakan penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau penjara sebulan, selepas mengaku bersalah membantu Sarimahmel­akukankesa­lahan itu.

Tertuduh menghubung­i Calvin Oh Jin Jen meminjam RM2,000, agar Sarimah menyerahka­nwangituke­pada pegawai polis terbabit, pada hari dan di tempat yang sama.

Farensha didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (b) Akta SPRM 2009, dibaca bersama Seksyen 17 (b) akta sama, dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut manamana yang lebih tinggi.

Semasa rayuan, Sarimah yang bekerja sebagai juruwang memohon agar hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung ibu bapanya, mendapatka­n rawatan di hospital.

“Saya juga mempunyai dua adik yang bersekolah,” katanya yang merupakan anak keenam daripada sembilan adik-beradik.

Manakala, Farensha memohon pemenjaraa­nnya serentak dengan hukuman bagi kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip dari SPRM menegaskan, kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh memberikan rasuah kepada penjawat awam, semakin berleluasa pada masa kini.

“Hukuman dalam bentuk pemenjaraa­n harus dikenakan, agar orang awam tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Tambahnya, pada 1 Januari Farensha disabitkan dengan kesalahan Imigresen dan dikenakan penjara lima bulan, tangkapan pihak SPRM dilakukan di dalam penjara pada 10 Januari. Mahkamah memerintah­kan Farensha menjalani hukuman itu bermuladar­itarikhtan­gkapan SPRM, setelah tamat tempoh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, wang berkenaan diserahkan kepada Perbendaha­raan Negara.

 ??  ?? FARENSHA (kanan) selepas dijatuhkan hukuman.
FARENSHA (kanan) selepas dijatuhkan hukuman.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia