Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan lepas jawatan tidak jejas kekuatan BN Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tindakan tujuh Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Sepanggar melepaskan jawatan tidak akan menjejaska­n jentera Barisan Nasional (BN) kawasan itu sebaliknya menjadi pemangkin kepada kesatuan ahli parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sejarah negara ini pernah mengalami tindakan meletak jawatan dalam parti BN tetapi Malaysia kekal kukuh di bawah pemerintah­an parti itu.

“Contohnya di sini, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Shafie Apdal. Di Semenanjun­g pula Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini semua pemimpin besar yang tinggalkan parti keramat kita tetapi BN tidak pernah goyah, tidak pernah runtuh malah semakin kuat dan kekal sebagai pemerintah pilihan rakyat,” katanya ketika merasmikan Program Solidariti Wanita BN Sepanggar, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, terpulangl­ah kepada tujuh individu yang melepaskan jawatan itu sebab BN mengamalka­n demokrasi tetapi tindakan itu tidak akan menjejaska­n kekuatan BN Sepanggar secara keseluruha­n.

Sementara itu, Pengerusi BN Sepanggar merangkap Pemangku Ketua Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan berkata, ketujuh-tujuh individu itu tidak pernah hadir dalam sebarang mesyuarat bahagian, perwakilan atau program yang dianjurkan beliau.

“Kejadian ini bermula apabila penyandang kerusi Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris digantung keahlian daripada Umno dua tahun lalu.

“Bagaimanap­un, kelompok yang wujud ini tidak akan menjejaska­n operasi Umno Sepanggar sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus bekerja keras.

“Buktinya, sejak saya memangku ketua bahagian sini, seramai lebih 2,000 orang telah menjadi ahli Umno. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan kerana di sini mempunyai lebih 22,000 ahli Umno dan jumlah hanya tujuh orang itu tidak akan jejaskan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno Sepanggar Datuk Jainab Ahmad Ayid menjelaska­n Wanita Sepanggar tidak gentar kepada manamana pihak.

Katanya, walaupun tujuh individu itu hilang kepercayaa­n kepada kepimpinan yang ada di Sepanggar, BN Sepanggar sentiasa kukuh.

 ??  ?? RAHMAN (tengah) menyampaik­an bendera BN kepada komponen Wanita BN Sepanggar sambil diperhatik­an Jainab (tiga kanan) dan Yakub (tiga kiri).
RAHMAN (tengah) menyampaik­an bendera BN kepada komponen Wanita BN Sepanggar sambil diperhatik­an Jainab (tiga kanan) dan Yakub (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia