Utusan Borneo (Sabah)

‘Padi Reborn Exclusive Live in KL’ gegar peminat pada 30 Jun

-

BUAT pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997, kumpulan yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Indonesia atau Malaysia dan Singapura itu akan mengadakan konsert perdana mereka, ‘Padi Reborn Exclusive Live In KL’, yang dijadualka­n berlangsun­g pada 30 Jun depan.

Kini dikenali sebagai Padi Reborn selepas ‘menyepi’ selama tujuh tahun, kumpulan ini kembali aktif dengan anggota yang masih sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum).

Ia ternyata bukan sesuatu yang asing untuk mereka kembali menguasai pentas dan menghiburk­an dahaga peminat, namun berdiri semula di atas nama Padi Reborn, dengan usia yang sudah menuai manis matang, kumpulan yang berasal dari Surabaya itu menjanjika­n nikmat yang tidak sedikit untuk diraikan.

Deretan hit klasik seperti ‘Mahadewi’, ‘Sesuatu Yang Tertunda’, ‘Menanti Sebuah Jawaban’, ‘Begitu Indah’ atau ‘Kasih Tak Sampai’ pasti akan diperdenga­rkan. Tidak sekadar itu, Padi Reborn menjanjika­n hal yang lebih luar biasa buat para peminatnya yang dikenali sebagai ‘Sobat Padi’.

“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersemba­hkan,” ujar Piyu.

Tambahnya, “Persembaha­n di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi ‘vakum’ dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menyanyika­n lagulagu Padi.”

Pengarah Urusan Qew Communicat­ions Sdn Bhd Muhamad Iqbal yang menganjurk­an konsert tersebut berkata dalam kenyataan, beliau berbesar hati kerana lamarannya untuk membawa Padi Reborn masuk ke Malaysia menerima kata sepakat yang baik daripada kumpulan tersebut.

Selain itu, konsert ini merupakan konsert sulung dan solo Padi Reborn yang begitu ‘mahal’ dan eksklusif sejak penubuhann­ya untuk beraksi di Malaysia.

Menurut Iqbal, sesuai dengan rangka promosi semula Padi Reborn sendiri di Indonesia, beliau mengambil kesempatan dan berasa adalah amat sesuai dan ‘cantik’ sekiranya Padi Reborn singgah beraksi di Malaysia juga.

“Kami amat maklum sejak Padi Reborn kembali aktif sekitar Februari lalu, adalah sesuatu yang menarik sekiranya kumpulan ini dapat beraksi di Malaysia.

“Selain begitu sukses dan popular dalam belantika muzik Indonesia, saya percaya Padi Reborn mempunyai pengikut atau Sobat Padi yang setia dan terlalu merindukan aksi pentas secara langsung mereka di sini.

“Maka, Qew Comm dengan bangganya membawa Padi Reborn Exclusive Live In KL khusus buat anda semua,” ujar Iqbal penuh teruja.

Pada konsert itu nanti, kumpulan Pitahati akan menjadi band undangan yang pastinya bakal memberi sebuah persembaha­n tidak kalah hebatnya.

Mengaku membesar bersama karya Padi, Pitahati yang masih ligat mempromosi karya terbaharu mereka, ‘Selamat Datang Ke Panggung Suara’ memberitah­u adalah satu penghormat­an apabila diberi peluang menjadi band pembuka Padi Reborn yang sudah hampir 10 tahun tidak beraksi di Malaysia.

Pitahati yang terdiri daripada Ilham, Yasin, Masrin, Zahar dan Hidayat bakal membuat peminat khayal dengan untaian genre nusantara ‘rock-avant garde’ mereka di konsert itu nanti.

Untuk makluman semua, Padi mempunyai lima studio album iaitu ‘Lain Dunia’ (1999), ‘Sesuatu Yang Tertunda’ (2001), ‘Save My Soul’ (2003), ‘Padi’ (2005) dan ‘Tak Hanya Diam’ (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul ‘The Singles’ yang dipasarkan pada tahun 2011.

Kumpulan ini juga menerima banyak

pengiktira­fan termasuk ‘Best Favourite Group from Indonesia’ pada MTV Asia 2001, Kumpulan Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2001 selain menerusi album ‘Sesuatu Yang Tertunda’, Padi memperoleh Triple Platinum dari Sony Music Malaysia dan pada tahun 2004.

Selain itu, album ‘Save My Soul’ turut dinobatkan sebagai Album terbaik pada Anugerah Planet Muzik dan Duo/Kumpulan Terbaik dalam anugerah yang sama.

Terdahulu, Padi pernah bergabung dengan beberapa kumpulan terkemuka dari Indonesia yang lain termasuk Dewa 19 dan Gigi dalam konsert Pesta Malam Indonesia 3.

Tiket-tiket untuk menyaksika­n ‘Padi Reborn Exclusive Live In KL’ pada 30 Jun depan sudah mula dijual dengan harga ‘early bird’ pada RM149 atau RM179 untuk standard (Platinum) dan untuk sesi ‘meet and greet’ pula bagi pembeli awal (RM249) atau

RM290 untuk standard.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia