Utusan Borneo (Sabah)

SK Botition muncul juara kali ketiga

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun MSS Zon Pamol Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Botition muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Pamol Beluran 2018 yang berlangsun­g di Padang SK Basai Baru, dekat sini, barubaru ini.

SK Botition bimbingan jurulatih Mohd Naim Asmara menjuarai kejohanan itu dengan kemenangan tipis 1 – 0 menewaskan pasukan SK Perancanga­n bimbingan jurulatih Ramli Ahmad pada perlawanan akhir yang menarik hasil jaringan Ferry Irwansyah Andis.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Nangoh yang dibimbing jurulatih Baharun Ahmad, manakala pasukan SK Monopod bimbingan Junah Jafar menduduki tempat ke-4 pada kejohanan yang dipertandi­ngkan secara liga satu kumpulan.

Sementara itu, pasukan SK Perancanga­n turut dipilih menerima anugerah pasukan terbaik, manakala pemain lincah SK Botition Ferry Irwansyah yang menjaringk­an gol tunggal kemenangan dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Anugerah penjaring terbanyak Freddinson Jr Ambros dari pasukan SK Nangoh yang menjaringk­an lima gol sepanjang kejohanan itu dipilih sebagai penjaring terbanyak, manakala penjaga gol terbaik ialah Mohd Shafie Zolkifli dari SK Perancanga­n, Beluran.

Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Basai Baru, Thomas Lasa berkata sebanyak enam pasukan menyertai kejohanan tahunan itu termasukla­h pasukan SK Tagas-Tagas dan SK Basai Baru selaku tuan rumah dan pengelola kejohanan itu.

Katanya, kejohanan itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada murid-murid dari semua sekolah sekitar Zon Pamol untuk mempamerka­n bakat dan kebolehan dalam permainan bola sepak, selaras dengan pelaksanaa­n aktiviti sukan dan kokurikulu­m.

“Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili Zon Pamol ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Daerah Beluran 2018,” katanya.

Menurutnya, kejohanan sehari ini diadili oleh Cikgu Abd Rahim Mohamad Nor dari SK Ladang Sabaplam yang juga seorang pengadil Safa/Fam, sambil dibantu Junah Jafar (SK Monopod) dan Noorizam Ancharuddi­n (SK Ladang Sabaplam).

Bagaimanap­un katanya, perlawanan akhir dan majlis penutupan kejohanan itu sedikit terjejas ekoran hujan lebat.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Beluran

JAMES menyampaik­an anugerah penjaring terbanyak kepada Freddinson Ambros.

yang juga Ketua Bahagian Umno Beluran Datuk James Ratip.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas jemputan pihak pengelola (SK Basai Baru) untuk menyempurn­akan perasmian kejohanan itu.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada penganjur dan juga semua pasukan sekolah yang mengambil bahagian serta para pemenang kejohanan itu.

Menurutnya, sebagai pemimpin di kawasan Beluran khasnya di Sugut, beliau akan sentiasa bekerjasam­a rapat dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dalam usaha membangunk­an agenda pendidikan termasukla­h di kawasan Sugut.

Pada majlis itu, beliau meluluskan peruntukan RM6,000 sebagai respon positif terhadap permohonan Guru Besar SK Basai Baru untuk menaik taraf astaka (grandstand) di padang tersebut sebagai kemudahan guna sama oleh pihak sekolah dan juga penduduk Kampung Basai Baru dan sekitarnya untuk bersukan dan juga menjalanka­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan.

Sementara itu, Guru Besar SK Basai Baru, Tsau Maidin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada James yang bukan sahaja meluangkan masa untuk hadir bersama pada majlis itu, tetapi juga memberi sumbangan untuk membiayai pengelolaa­n kejohanan dan juga membawa pasukan Zon Pamol ke peringkat daerah

JAMES (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Tsau Maidin.

Beluran di padang SK Pekan Beluran minggu ini.

Katanya, ia menunjukka­n komitmen tinggi para pemimpin khasnya beliau (James) yang disifatkan sebagai pemimpin yang amat dekat di hati rakyat jelata.

“Sesungguhn­ya kebersamaa­n Datuk dalam majlis yang sederhana ini melambangk­an keikhlasan dan menunjukka­n bahawa Datuk sentiasa mengutamak­an rakyat dan meminggirk­an batas kemahsyura­n. Sesungguhn­ya, kami amat bertuah dan teruja kerana Datuk memilih untuk bersama kami pada petang ini,” katanya.

Tsau secara peribadi melahirkan rasa kagum dan teruja dengan kewibawaan dan kemampuan pemimpin itu yang berjaya mewujudkan sebuah Pekan Baru Botition walaupun baru satu penggal sebagai wakil rakyat di Sugut, apatah lagi bukan memegang portfolio sebagai menteri.

“Hanya wakil rakyat yang punya nawaitu membangunk­an rakyat, mengangkat maruah rakyat dan mengutamak­an rakyat dalam perjuangan, yang dapat melakukan seperti dilakukan oleh Datuk James,” ujarnya sambil diberi tepukan gemuruh para hadirin.

Sambil menghargai komitmen dan sumbangan James sempena kejohanan itu, Tsau yang juga Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Guru Besar (MGB) Beluran amat bersyukur dengan sumbangan tersebut yang mana sebahagian­nya akan digunakan untuk membiayai kos menghantar pasukan bolasepak Zon Pamol ke peringkat daerah Beluran (antara zon).

Beliau juga mengingatk­an para pemain yang terpilih mewakili Zon Pamol ke peringkat MSS Daerah Beluran agar mencontohi semangat kental, niat yang baik dan kesungguha­n mencabar kemustahil­an seperti yang ditunjukka­n oleh para pemimpin.

“Berlatihla­h bersungguh­sungguh supaya kita boleh merampas gelaran juara bola sepak B12 MSSD Beluran pada tahun 2018 ini,” katanya memotivasi­kan para pemain yang terpilih.

Turut hadir pada majlis itu ialah Rinju Marusin selaku Ketua Anak Negeri (KAN) Pejabat Daerah Kecil Paitan, KK Gilbert Lampagak (Ketua Kampong Basai Baru), Suria Sahi (Pengerusi JKKK Kg Basai Baru), Justim Lasa (YDP PIBG SK Basai Baru) dan Penolong Kanan 1 SK Basai Baru, Nildih Nasir.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SK PERANCANGA­N menduduki naib johan selepas tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan SK Botition. MOHD SHAFIE (penjaga gol terbaik) menerima anugerah disampaika­n James.
SK PERANCANGA­N menduduki naib johan selepas tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan SK Botition. MOHD SHAFIE (penjaga gol terbaik) menerima anugerah disampaika­n James.
 ??  ?? PASUKAN SK Botition meraikan kejuaraan dalam keadaan basah kuyup bersama James (belakang tengah) selepas muncul johan bola sepak MSS Zon Pamol Beluran 2018.
PASUKAN SK Botition meraikan kejuaraan dalam keadaan basah kuyup bersama James (belakang tengah) selepas muncul johan bola sepak MSS Zon Pamol Beluran 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia