Utusan Borneo (Sabah)

Badak sondol Kijang 4-1 Sabah menang bergaya di Likas, catat lima kemenangan berturut-turut

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Skuad Badak remaja menyondol anak Kijang Emas menerusi keputusan 4-1 dalam saingan Piala Presiden di Stadium Likas pada Isnin.

Mendahulu pada minit ke-23 menerusi jaringan Ariusdius Jais, Sabah hanya memerlukan dua minit untuk menjaringk­an gol kedua menerusi Stanley Sulong pada minit ke-25.

Kelantan cuba mengejar dengan merapatkan kedudukan pada minit ke-32 menerusi jaringan Muhd Danial Haqim Draman untuk mengikat kedudukan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sabah dengan kelebihan sorakan penyokong sendiri terus mengasak bertubi-tubi.

Kelantan cuba bertahan tetapi tekanan yang dihadirkan ke gawang mereka membuatkan akur selepas Stanley meledakkan gol kedua peribadi perlawanan pada minit ke-59.

Kedudukan 3-1 membolehka­n pasukan Sabah memperkuat­kan Taip.

pertahanan sambil melakukan serangan balas kilat sebelum Hamran Peter menjaringk­an gol keempat pada minit ke-89 untuk kemenangan muktamad.

Kejayaan itu membolehka­n pasukan Sabah mencatat lima kemenangan berturut turut dan yang pertama dalam jadual enam perlawanan berturut-turut sini.

Sabah memulakan aksi dengan menghadapi empat perlawanan ditempat lawan, mencatat tiga kemenangan berturuttu­rut mengatasi Kedah (1-0), Pahang (2-1) dan MISC-MIFA (2-0) sebelum tewas menerusi jaringan tunggal perlawanan ketika menentang Perlis. Selepas itu, Sabah mencatat dua kemenangan 1-0 menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Selangor United FC di hadapan penyokong sendiri sebelum menewaskan Melaka (1-0) dan Selangor (2-0) di gelanggang lawan. Pengurus pasukan Mohd Yassin Aman ditemui selepas perlawanan berakhir menyatakan rasa gembira melihat kejayaan anak-anak buahnya mengutip tiga mata penuh.

“Kemenangan ini pastinya menaikkan lagi semangat kita menghadapi lima lagi perlawanan dihadapan penyokong sendiri termasuk yang kedua berhadapan JDT III pada 12 April (Khamis) ini.

“Kita perlu lebih berhati-hati berhadapan JDT III kerana pasukan itu kini berada pada kedudukan kedua dibelakang kita,” jelas beliau.

Selepas berhadapan JDT III, pasukan negeri ini akan berhadapan Kedah (19 April), Pahang (23 April), MISCMIFA (26 April) dan Perlis (30 April).

 ?? Gambar ehsan Jaiman ?? STANLEY (dari kiri), Hamran, Khairul Azman Yakof dan Ariusdius meraikan kejayaan selepas gol terakhir perlawanan menewaskan Kelantan 4-1 dalam saingan Liga Piala Presiden 2018 di Stadium Likas pada Isnin.
Gambar ehsan Jaiman STANLEY (dari kiri), Hamran, Khairul Azman Yakof dan Ariusdius meraikan kejayaan selepas gol terakhir perlawanan menewaskan Kelantan 4-1 dalam saingan Liga Piala Presiden 2018 di Stadium Likas pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia