Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggara­n tangan dengan pelari England rencat momentum Rayzam Shah

-

GOLD COAST: Pelanggara­n tangan dengan pelari England, David King selepas halangan ketiga di peringkat kelayakan kedua acara 110m lompat berpagar, telah merencatka­n momentum atlet negara Rayzam Shah Wan Sofian pada Sukan Komanwel 2018 di sini.

Kesilapan itu membuatkan Rayzam Shah hilang fokus sekali gus hanya mampu menduduki tempat keenam dengan catatan masa 14.03s pada aksi di Carrara Sports and Leisure Centre, pada Isnin.

Atlet berasal dari Sabah itu ternyata kecewa dengan masa yang direkodkan­nya itu apabila tidak mampu memperbaha­rui rekod peribadi terbaiknya yang juga rekod

kebangsaan iaitu 13.67s.

“Permulaan larian tadi agak bagus di mana saya berada pada memontum yang tepat namun selepas pagar ketiga, ada pelanggara­n tangan dengan pelari England yang menyebabka­n badan saya sedikit berpusing, fokus saya hilang.

“Tidak dinafikan saya agak kecewa dengan prestasi saya hari ini tapi masa sudah tidak boleh diundur, saya kena terima kenyataan,” katanya selepas tamat larian.

Keseluruha­nnya, Rayzam Shah berada di kedudukan ke-12 yang tidak melayakkan­nya untuk ke final apabila hanya tiga terbaik dari setiap pusingan kelayakan dan dua terpantas keseluruha­n akan ke pusingan seterusnya.

Juara Asia Tenggara itu mengakui beliau tidak meletakkan sasaran pada temasya ini dan fokus utamanya adalah untuk melayakkan diri dan beraksi di Sukan Asia Indonesia.

Katanya, beliau juga tidak menyertai kejohanan luar negara yang mencukupi untuk menimba pengalaman serta membina keyakinan dan mengetahui tahap sebenar prestasiny­a.

“Ini merupakan kejohanan kedua bagi tahun ini, jadi penyertaan di kejohanan agak kurang. Tapi lepas Komanwel saya akan ke Jerman. Masih ada enam atau tujuh kejohanan yang akan saya sertai,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia