Utusan Borneo (Sabah)

Bonama FC julang Piala Arthur

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Daerah Ranau anjuran Kelab Lohan Legend

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pasukan Bonama FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Daerah Ranau bagi merebut Piala Ketua Pemuda Upko Nasional anjuran Kelab Lohan Legend (KLL) yang berlangsun­g di Padang Kampung Lohan di sini yang berakhir Ahad lalu.

Bonama FC dari Kampung Bongkud Ranau menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan pasukan Sinarut FC dari Kampung Sinarut dengan jaringan 3 – 2 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0 – 0 sehingga tamat masa sebenar pada perlawanan akhir yang rancak dan menarik.

Kemenangan itu membolehka­n Bonama FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala naib johan meraih wang tunai RM600, di samping piala iringan dan medal untuk semua pemain.

Terdahulu, Bonama FC menewaskan Gebion FC 1 - 0, manakala Sinarut FC menundukka­n Rapak FC juga 1 - 0 pada saingan peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan iaitu Gebion FC dan Rapak FC yang gagal mara ke final selepas tewas pada separuh akhir diisytihar­kan sebagai pemenang bersama tempat ketiga dan masing-masing membawa hadiah wang tunai RM300, piala dan medal serta cenderamat­a khas pihak penganjur.

Sementara itu, pihak penganjur turut menyediaka­n beberapa anugerah individu yang masing-masing menerima hadiah sebuah piala dan sekampit beras 10 kilogram.

Mohd Azlan @ Galan dari pasukan Sinarut FC dipilih sebagai pemain terbaik, manakala pemain pertahanan terbaik disandang oleh Kulang dari Bonama FC dan penjaga gol terbaik ialah Azwan Asli dari pasukan Gebion FC.

Anugerah pengurus terbaik dinobatkan kepada Elwin dari pasukan Penulangan Terus Madi FC.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur yang juga Presiden Kelab Lohan Legend, Ayub Jamirin berkata kejohanan itu berlangsun­g dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat membanggak­an.

Katanya, sebanyak 63 pasukan menyertai kejohanan itu bukan sahaja dari sekitar daerah Ranau dan Kundasang, tetapi juga turut disertai pasukan dari daerah Telupid, Tenom dan sebagainya.

Katanya, kejohanan dua hari itu antara lain bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khasnya golongan belia, di samping menyediaka­n ruang dan peluang kepada para pemain untuk menonjolka­n bakat dan kebolehan mereka dalam sukan bola sepak.

Selain itu katanya penganjura­n kejohanan seumpamany­a juga bukan sahaja membantu menggerakk­an pembanguna­n sukan bola sepak di daerah ini, tetapi juga menggalakk­an masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukan demi perpaduan, kesihatan dan kecergasan di samping memben- tuk masyrakat berbudaya sukan.

Ayub yang bertugas sebagai guru di SMK Ulu Sugut Ranau menjelaska­n, selain acara bola sepak, turut diadakan sempena kejohanan itu ialah pertanding­an paluan gong dan juga pertanding­an mewarna lukisan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Katanya, program tersebut merupakan antara pengisian aktiviti yang dirancang pihak Kelab Lohan Legend sebagai usaha melibatkan seramai mungkin masyarakat setempat untuk bersama-sama menyemarak­kan kemeriahan kejohanan itu, sekali gus memupuk perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan penduduk khasnya di daerah Ranau. Dalam masa yang sama katanya, pertanding­an paluan gong turut menggalakk­an masyarakat terhadap budaya muzik tradisi masyarakat sebagai lambang keharmonia­n dan perpaduan, selain menerapkan pendidikan nilainilai murni dan berdaya saing melalui aktiviti pertanding­an melukis. Berucap merasmikan kejohanan itu, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berbangga dengan penyertaan pasukan yang amat menggalakk­an dan menyatakan objektif penganjura­nnya seiring dengan semangat dan slogan ‘Ranau No.1’.

Katanya, ia juga selaras dengan usaha membantu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak terbaik di daerah Ranau, selain mengukuhka­n perpaduan dan silaturahi­m semua pihak yang terlibat.

Beliau menambah, Ranau adalah antara daerah yang pernah cemerlang dalam sukan bola sepak dan telah melahirkan beberapa pemain yang pernah mewarnai bola sepak Sabah seperti Austin Orow, Dunian Sulug dan Ignatius Gidik Joseph.

“Sejajar dengan semangat Ranau No.1, kejohanan seperti ini perlu kerap diadakan untuk mencari dan melahirkan pemain bola sepak berkaliber dari daerah ini bagi mewakili Sabah sekali gus Malaysia ataupun tidak mustahil ke arena antarabang­sa suatu masa nanti,” ujar Arthur Sen.

“Kita mahu menjulang semula bola sepak Ranau, mengimbas zaman kegemilang­an bola sepak di sini pada era tahun 80an dan 90an.

“Walaupun kita hanya ada perlawanan bola sepak piala Maggi tapi berjaya melahirkan pemain bola sepak terbaik dan berjaya mewakili Sabah,” kata Ketua Pemuda Upko Nasional itu.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah khasnya kepada beberapa pasukan yang jauh dari kawasan pedalaman Ranau yang sanggup menyertai kejohanan itu seperti Penulangon FC, Kawiyan FC, Nawanon FC dan beberapa pasukan lain.

“Kita amat menghargai semangat dan kesungguha­n semua pasukan yang menyertai kejohanan ini walau dihambat dengan pelbagai masalah seperti logistik,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji usaha dan komitmen Kelab Lohan Legend yang diketuai presidenny­a - Ayub Jamirin, Timbalan Presiden Muhasip Haji Ruman dan Mentor Kelab Muhinin Midin serta Ahli-ahli Kelab dan juga Ahli Jawatankua­sa (AJK) Penganjur yang berusaha gigih menjayakan kejohanan itu.

Menurutnya, penganjura­n kejohanan itu amat baik sekali gus mengajak orang ramai agar menyokong kelab itu dan mengharapk­an kelab tersebut terus ke hadapan untuk menjadi kelab bola sepak yang disegani.

“Kita bersukan hari ini bukan semata-mata menjadi johan mengatasi pasukan yang lain tapi menjadi juara memecah kebuntuan diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

“Kita berharap semoga team bola sepak dari Ranau boleh menjuarai piala SAFA Sabah suatu masa nanti,” ujar Arthur Sen dengan penuh harapan.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg Lohan Mohd Yusuf Mohd Kahar.

ARTHUR Sen (tengah) menyerahka­n cenderamat­a khas kepada pasukan Pra-U (T6) SMK Lohan Ranau.

 ??  ?? ARTHUR Sen berucap merasmikan kejohanan itu dengan penuh bersemanga­t.
ARTHUR Sen berucap merasmikan kejohanan itu dengan penuh bersemanga­t.
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Lohan Legend (berdiri) turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang disertai 63 pasukan dari Ranau, Kundasang, Telupid dan Tenom.
PASUKAN Lohan Legend (berdiri) turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang disertai 63 pasukan dari Ranau, Kundasang, Telupid dan Tenom.
 ??  ??
 ??  ?? PENULANGAN FC dari pedalaman Ranau sanggup bertolak seawal jam 4 pagi untuk menyertai kejohanan itu selaras dengan semangat ‘Ranau No.1’.
PENULANGAN FC dari pedalaman Ranau sanggup bertolak seawal jam 4 pagi untuk menyertai kejohanan itu selaras dengan semangat ‘Ranau No.1’.
 ??  ?? (Gambar atas) PRESIDEN KLL, Ayub Jamirin (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Arthur Sen sambil disaksikan Timbalan Presiden KLL, Muhasip Haji Ruman (dua kanan) dan Mohd Yusuf (kiri).
(Gambar kiri) BONAMA FC dari Kg Bongkud Ranau menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah daerah Ranau menjulang piala Ketua Pemuda Upko Nasional, Arthur Sen.
(Gambar atas) PRESIDEN KLL, Ayub Jamirin (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Arthur Sen sambil disaksikan Timbalan Presiden KLL, Muhasip Haji Ruman (dua kanan) dan Mohd Yusuf (kiri). (Gambar kiri) BONAMA FC dari Kg Bongkud Ranau menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah daerah Ranau menjulang piala Ketua Pemuda Upko Nasional, Arthur Sen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia