Utusan Borneo (Sabah)

ST Labuan belasah Tatap FC 4-0

-

LABUAN: Juara bertahan, ST Labuan FC membelasah Tatap FC 4-0 pada perlawanan pembukaan Liga Super Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2018 yang diadakan di Stadium Kompleks Sukan Labuan, Ahad lalu.

ST Labuan mendahului lawan seawal minit ke15 menerusi penyerang bahayanya, Fanday Mohd.

Gol kedua menyusul menerusi pemain tengah, Mohd Aby Rafdi Ramli pada minit ke-38.

Walaupun sudah selesa mendahului 2-0 pada babak pertama, skuad ST Labuan FC kendalian Cheong Shan Shi terus menambah gol ketiga menerusi pemain sayap kanan, Azmi Mat Salleh pada minit ke-62.

Gawang Tatap FC yang dibimbing jurulatih Jamain Haji Kanapi terus dibolosi gol keempat ST Labuan FC menerusi penyerang berusia 18 tahun, Mohd Amirul Aiman Jaikol pada minit ke-88.

Cheong Shan Shi nyata gembira dengan keputusan memberangs­angkan pada perlawanan pembukaan itu sekaligus membawa pulang tiga mata berharga.

Katanya, selaku juara Liga Komuniti Labuan pada 2017 dan 2016, pemain ST Labuan sudah bersedia menghadapi kejohanan tersebut sejak Disember 2017.

“Pasukan ST Labuan sudah menjalani latihan sejak Disember 2017 untuk menghadapi Liga Ranau sekaligus menyiapkan pemain menghadapi Liga Komuniti Labuan 2018 yang dijangka lebih mencabar,”katanya.

Tambah Shan, pemainnya yang berdaftar dengan kelab tersebut dan beliau sendiri memberi ruang dan peluang kepada pemain muda berusia 19 tahun untuk beraksi dalam pertanding­an yang lebih mencabar termasuk dalam Liga Ranau dan Liga Komuniti Labuan.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada semua pemain yang mengikut taktikal jurulatih terutama barisan penyerang yang menghasilk­an empat gol.

“Pemain pertahanan juga bermain dengan baik dengan mengawal pemain Tatap FC daripada menjaringk­an gol,”katanya.

Perlawanan pembukaan itu diadili Hazaimi Othman dengan bantuan Mohd Nazaruddin, Mohd Nazzirul dan Irwan Sinan.

Selain ST Labuan dan Tatap FC, Liga Super dibarisi Chakuchai FC, Bakakai FA, Bersatu FC, Bambu FC dan TCC FC yang berentap untuk meraih hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, medal dan piala pusingan Piala Ahli Parlimen Labuan.

Naib johan akan menerima RM3,000 manakala tempat ketiga RM1,000 di samping medal dan piala.

Manakala 28 pasukan dalam Liga Perdana bakal bersaing merebut hadiah johan yang bernilai RM2,500, piala dan medal.

Manakala naib johan RM1,500, tempat ketiga bersama RM750, piala dan medal.

Majlis pelancaran Liga Komuniti Labuan 2018 disempurna­kan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Isli.

Turut hadir Presiden LAFA, SK Tan, Presiden LCFC, Tarmiji Wahab, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan,HajiRithua­nIsmail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mohd Hazan Dahari dan Pengarah Majlis Sukan Labuan (MSL), Suraney Yusof.

Hadir sama Pengerusi Dewan Perniagaan India, Datuk Dhalif Singh, Ahli MajlisPena­sihatPerba­danan Labuan, Datuk Peter Mak, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Rahimah Lamat, Pengarah Jabatan Penerangan, Azman Sipan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4, Haji Che Mat Mustapha.

Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2018 dianjurkan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dengan kerjasama Majlis Sukan Labuan dan JBS Labuan manakala Kelab Bola Sepak Komuniti Labuan (LCFC) sebagai pengelola pertanding­an.

 ??  ?? PASUKAN TATAP FC.
PASUKAN TATAP FC.
 ??  ?? BARISANpen­gadil yang mengadili perlawanan pembukaan Liga Komuniti Labuan 2018.
BARISANpen­gadil yang mengadili perlawanan pembukaan Liga Komuniti Labuan 2018.
 ??  ?? ROZMAN melancarka­n Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2018.
ROZMAN melancarka­n Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2018.
 ??  ?? SHAN (kiri) bersama pemain ST Labuan FC yang meraih tiga mata pada perlawanan pertama.
SHAN (kiri) bersama pemain ST Labuan FC yang meraih tiga mata pada perlawanan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia