Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Anugerah Gemilang Pelajar SMK Balung meriah

- Oleh NORHAYATI TANGNGA

MAJLIS Anugerah Gemilang Pelajar (MAGEP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau telah berlangsun­g meriah di Dewan Sri Balung sekolah berkenaan.

Majlis perasmiann­ya telah disempurna­kan oleh Pengerusi Biro Anti Dadah merangkap AJK Umno Bahagian Tawau Syed Ahmad Syed Abas.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau menggesa agar majlis itu dijadikan sebagai satu pembakar semangat dan motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah pada hari ini dan seterusnya berharap agar selepas ini anda semua tidak leka dan alpa, sebaliknya terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

“Pendidikan adalah kunci segalanya yang mampu menyelesai­kan banyak masalah terutama yang berkaitan dengan masalah ekonomi dan masalah sosial.

“Ingatlah bahawa selagi kita hidup selagi itulah masalah akan datang, namun kita sebagai manusia harus mencari jalan terbaik bagaimana untuk menghadapi dan menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Terdahulu, Pengetua Cemerlang Matnoor Hj Sima dalam ucapan alualuanny­a bersyukur kerana para pelajarnya telah menunjukka­n peningkata­n pencapaian yang sangat membanggak­an dalam bidang akademik.

Menurutnya, SMK Balung telah menunjukka­n kecemerlan­gan dalam tiga peperiksaa­n awam yang diumumkan baru-baru ini iaitu PT3, SPM dan STPM.

Dalam STPM katanya, SMK Balung telah berjaya mengekalka­n rekod tiga tahun berturut-turut mendapat 100 peratus lulus sekaligus meletakkan sekolah itu di tempat ke-3 di negeri Sabah.

“Sementara dalam SPM, kita berjaya menunjukka­n peningkata­n sebanyak 0.05 mata daripada 5.45 (2016) kepada 5.40 (2017),” katanya.

Pada majlis itu, hampir 200 pelajar telah menerima anugerah pencapaian cemerlang dalam akademik mengikut kategori masingmasi­ng.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Ibnu Rusyd telah dianugerah­kan kepada Dewi Suriana Hasanudin (PT3 - 11A), Anugerah Tokoh Ibnu Khaldun milik Mohd Nur Hilmi Hermanto (SPM - 9A) dan Anugerah Tokoh Ibnu Sina ialah Norziana Amei (STPMPNGK: 3.84).

Rusli Saman selaku pengarah program melalui telegramny­a mengucapka­n ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan MAGEP pada tahun ini.

 ??  ?? TOKOH pelajar bergambar kenangan bersama ahli keluarga. Dari kiri: Dewi, Mohd Hilmi dan Norziana.
TOKOH pelajar bergambar kenangan bersama ahli keluarga. Dari kiri: Dewi, Mohd Hilmi dan Norziana.
 ??  ?? DARI kiri: Rusli, Matnoor, Syed Ahmad, Matali (YDP PIBG) dan Zanaliza (PK Pentadbira­n).
DARI kiri: Rusli, Matnoor, Syed Ahmad, Matali (YDP PIBG) dan Zanaliza (PK Pentadbira­n).
 ??  ?? SYED Ahmad (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Matnoor.
SYED Ahmad (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Matnoor.
 ??  ?? NORZIANA Amei menerima Anugerah Tokoh Ibnu Sina.
NORZIANA Amei menerima Anugerah Tokoh Ibnu Sina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia