Utusan Borneo (Sabah)

Bantu jaga imej Labuan

Saranan Rozman kepada peniaga Medan Selera

-

LABUAN: Pengarah Eksekutif yang juga Pengasas Yayasan Pembanguna­n Labuan Datuk Rozman Isli telah melancarka­n Karnival Labuan Sihat 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Labuan yang diadakan di Medan Selera Labuan, Tanjung Purun pada Sabtu.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Labuan mahu peniaga di Medan Selera itu menjaga mutu dan kualiti makanan, minuman dan perkhidmat­an serta kebersihan.

Ia kerana katanya, medan selera itu akan dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pengunjung dari luar termasuk pelancong.

“Peniaga mesti bantu Perbadanan Labuan menjaga imej Labuan sebagai pulau sihat dari makanan, minuman, kebersihan dan persekitar­an,” katanya.

Beliau juga meminta pengunjung menjaga kebersihan dan keselamata­n harta benda di Medan Selera yang baharu dibuka kepada orang ramai minggu lepas.

Terdapat kira-kira 50 peniaga menjalanka­n perniagaan makanan dan minuman yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai.

Medan Selera itu turut menyediaka­n taman permainan sekaligus memberi peluang kepada ibu bapa membawa anakanak menjamu selera sambil beriadah sekaligus dapat mengeratka­n ikatan kekeluarga­an.

Rozman berharap ia akan memberi keselesaan kepada warga Labuan untuk menikmati pelbagai juadah tempatan.

Turut hadir ialah Ketua PegawaiEks­ekutifPerb­adanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dan Ketua Polis Labuan Superinten­dan Muhd Farid Ahmad.

 ??  ?? ROZMAN (dua kanan) melancarka­n Karnival Labuan Sihat 2018 di pekarangan Medan Selara Labuan bersama Azhar (tiga kiri) dan Dr Ismuni (kanan).
ROZMAN (dua kanan) melancarka­n Karnival Labuan Sihat 2018 di pekarangan Medan Selara Labuan bersama Azhar (tiga kiri) dan Dr Ismuni (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? ROZMAN (dua kiri) menyerahka­n apron kepada peniaga di Medan Selera sambil diperhatik­an Azhar (kiri) dan Dr Ismuni (tiga kanan).
ROZMAN (dua kiri) menyerahka­n apron kepada peniaga di Medan Selera sambil diperhatik­an Azhar (kiri) dan Dr Ismuni (tiga kanan).
 ??  ?? TIBA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah tiba di Sabah untuk lawatan rasmi. Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 12.45 pagi Isnin disambut...
TIBA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah tiba di Sabah untuk lawatan rasmi. Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 12.45 pagi Isnin disambut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia