Utusan Borneo (Sabah)

SMK Kanibungan sekolah terbaik SPM di Pitas

-

PITAS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibungan muncul sekolah terbaik di daerah Pitas dalam peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pitas Abdul Gani Hayun berkata, SMK Kanibungan pimpinan Pengetua Rahim Awang mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 5.85 dan mengatasi pencapaian lima sekolah menengah yang lain di Pitas.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis yang berlangsun­g di Dewan Akademik SMK Kanibungan.

Katanya, kejayaan itu membuktika­n bahawa pelajar dari sekolah luar bandar dan pedalaman juga mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang berada di sekolah bandar.

Enam pelajar terbaik SPM 2017 SMK Kanibungan ialah Brian Julis yang mencatat keputusan cemerlang 9A, Ainah Navila Jupia (7A), Grace Shandra Zulkeplee (5A) serta Chresthe Jimin dan Wilda Yong (4A).

SMK Bongkol Pitas yang mencatat GPS 6.51 dalam SPM 2017 turut melahirkan beberapa pelajar cemerlang termasukla­h Merni Hernera Majidun (9A) dan Carrol Ormella Jamaris (8A).

Seramai 680 pelajar dari enam sekolah menengah di daerah Pitas berdaftar menduduki SPM 2017 termasukla­h SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Pingganpin­ggan dan SMK Telaga.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Jaely Medong merakamkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana para pelajar di sekolah itu turut berjaya mencapai kejayaan cemerlang.

Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja menyanjung tinggi usaha dan komitmen semua guru di sekolah itu, tetapi juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak pemufakata­n ibu bapa dan komuniti (PIBK) yang membantu usaha merealisas­ikan kecemerlan­gan itu.

Antaranya ialah peranan Ahli Jawatankua­sa (AJK) PIBG, sumbangan Nirsalim Salam selaku Ketua Pemuda Umno Kudat, Jailis Masarip melalui Persatuan Alumni UMS (Permasa), tuisyen sumbangan Risda dan ramai lagi yang telah tampil membantu dan menyumbang ke arah kejayaan itu.

“Kejayaan ini mencatat satu sejarah buat warga SMK Kanibungan kerana ini kali pertama dinobatkan sebagai sekolah terbaik SPM di daerah pitas,” katanya sambil menyifatka­nnya sebagai kejayaan berganda untuk warga SMK Kanibungan.

“Sebelum ini, keputusan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) juga berjaya meletakkan SMK Kanibungan sebagai sekolah terbaik daerah Pitas.

Katanya terdapat seorang pelajar mencatat keputusan cemerlang 10A bagi semua mata pelajaran dan dua orang mendapat 9A dalam PT3 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Kudat Datuk Aminah Ambrose turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian dan kejayaan SMK Kanibungan.

Berucap merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan Pelajar SMK Kanibungan dalam majlis berasingan, beliau turut menyerahka­n sijil penghargaa­n pelajar cemerlang SPM 2017 serta pelancaran Extra Kokurikulu­m (Kelas Taekwondo) dan penyerahan sumbangan modul latihan Bahasa Melayu SPM 2018.

Kem Kepimpinan Pelajar itu dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Kanibungan.

Rahim dalam ucapan alualuanny­a merakamkan terima kasih kepada semua warga sekolah termasuk PIBG kerana telah bersatu memastikan kejayaan itu dapat dicapai.

Katanya, pelbagai program peningkata­n akademik yang telah dilaksanak­an sebelum ini telah membuahkan hasil yang sangat hebat.

Beliau berharap usaha dan komitmen serta permuafaka­tan itu dapat diteruskan untuk kecemerlan­gan pelajar khususnya dan kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

 ??  ?? (gambar kanan) PERSEMBAHA­N pelajar SMK Kanibungan pada majlis pelancaran Extra Kokurikulu­m (Kelas Taekwondo) oleh Aminah.
(gambar kanan) PERSEMBAHA­N pelajar SMK Kanibungan pada majlis pelancaran Extra Kokurikulu­m (Kelas Taekwondo) oleh Aminah.
 ??  ?? AMINAH dan Rahim bergambar kenangan bersama para pelajar SPM 2017 SMK Kanibungan.
AMINAH dan Rahim bergambar kenangan bersama para pelajar SPM 2017 SMK Kanibungan.
 ??  ?? ENAM pelajar terbaik SPM 2017 SMK Kanibungan bersama Rahim (berdiri, tengah) dan barisan pentadbir sekolah serta ibu bapa pelajar cemerlang yang turut hadir.
ENAM pelajar terbaik SPM 2017 SMK Kanibungan bersama Rahim (berdiri, tengah) dan barisan pentadbir sekolah serta ibu bapa pelajar cemerlang yang turut hadir.
 ??  ?? AMINAH (tiga kanan) menyampaik­an sijil kecemerlan­gan SPM kepada Brian pada majlis penutupan Kem Pepimpinan Pelajar di SMK Kanibungan, Pitas sambil diiringi Rahim (tiga kiri).
AMINAH (tiga kanan) menyampaik­an sijil kecemerlan­gan SPM kepada Brian pada majlis penutupan Kem Pepimpinan Pelajar di SMK Kanibungan, Pitas sambil diiringi Rahim (tiga kiri).
 ??  ?? ABD Gani (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Rahim sambil diperhatik­an Jaely (kanan).
ABD Gani (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Rahim sambil diperhatik­an Jaely (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia