Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan terbaik hadapi PRU14

Jentera Pilihan Raya BN Tuaran lawat semua PDM

-

TUARAN: Jentera Pilihanray­a BN/Umno Tuaran bergerak aktif dengan siri lawatan Ketua Bahagian Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor ke semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) mengikut jadual.

Terbaharu, Hajiji yang juga pengerusi BN Tuaran telah mengunjung­i PDM Telipok di Kg Rugading. PDM Telipok terletak di kawasan kediaman Haji Madurin Samin.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan diiringi oleh Naib Ketua Bahagian Abdul Kassim Haji Razali, Setiausaha Bahagian Johari Saiman dan Ketua Wanita Jamaliah Antalip.

Ketua PDM Telipok Haji Omarkhan Amirrusin telah memberi taklimat kepada Hajiji. Turut hadir ialah timbalan beliau, Kahim Sanip.

Dalam ucapannya, Hajiji merasa puas hati dengan penyediaan yang telah dibuat oleh PDM Telipok untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan dan kini hanya menunggu pengumuman tarikh penamaan calon serta mengundi oleh Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR).

Beliau yakin dengan kemenangan BN di Sabah amnya dan di Sulaman khususnya, namun beliau mahu para ahli dan petugas kempen parti agar bekerja lebih keras untuk menentukan kemenangan yang lebih besar.

“Kemenangan BN bukan lagi isu. Isunya ialah kita mahu menang dengan majoriti yang lebih besar,” katanya.

Sebelum Telipok, Hajiji yang juga Adun Sulaman telah melawat PDM Serusup dan Indai. Beliau seterusnya telah melawat PDM Gayang.

PDM lain yang ada dalam kawasan Sulaman ialah Kindu, Batangan, Nongkolud, Berungis, Tambalang, Penimbawan, Baru-Baru dan Mengkabong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KETUA PDM Telipok Harry Dalampir menerima bendera daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Omarkhan dan Jamaliah.
KETUA PDM Telipok Harry Dalampir menerima bendera daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Omarkhan dan Jamaliah.
 ??  ?? HAJIJI bersama ahli Wanita Umno semasa melawat PDM Telipok di Rugading.
HAJIJI bersama ahli Wanita Umno semasa melawat PDM Telipok di Rugading.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia