Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman berat kepada ‘gatekeeper­s’

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Pengenalpa­stian ‘gatekeeper­s’ iaitu dalang dalam memberi bantuan kewangan kepada pengganas adalah salah satu kunci untuk membasmi keganasan.

Penasihat Undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (OPDAT) Karyn Kenny berpendapa­t individu yang didapati bersalah membiayai pengganas akan dikenakan hukuman yang sama seperti mereka yang melakukan keganasan.

“Apabila keganasan berlaku dan ada pertumpaha­n darah, mereka ini dihadapkan ke mahkamah seterusnya menghadapi hukuman berat 20 hingga 30 tahun penjara atau hukuman mati.

“Saya rasa apa yang kami hendak sampaikan adalah pembiayaan berkaitan perkara berkenaan dan apabila kita menjatuhka­n hukuman ke atas perbuatan itu, mereka harus dikenakan mengikut jumlah masa yang sama.

“Anda menulis cek, anda boleh tarik pemicu. Ia tidak sepatutnya menjadi perbezaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bengkel ‘East Malaysia Jurdical Counter Terrorism Financing (CTF), di sini pada Selasa.

Karyn berkata orang ramai juga perlu melihat tindakan gatekeeper­s yang bekerja seperti akauntan, broker insurans mahupun pengurus wang.

“Bagi Amerika Syarikat, majoriti kes pembiayaan pengganas direkodkan di peringkat persekutua­n.

“Difahamkan, terdapat garis panduan hukuman yang spesifik untuk jenayah seperti ini,” katanya.

Turut hadir ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

 ??  ?? RICHARD (depan, tengah) dan Karyn (depan, tujuh kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel.
RICHARD (depan, tengah) dan Karyn (depan, tujuh kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia