Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki senjata berbahaya, lelaki kena penjara lima tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai rekod kesalahan lampau, dikenakan penjara lima tahun, oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memiliki senjata berbahaya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Faizal Matusin, 28, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Tertuduh didapati memiliki sebilah pisau lipat sepanjang 5.5 inci, pada 7 April jam 12.30 pagi di Penampang berhampira­n Arkib, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1952, penjara antara lima tahun hingga sepuluh tahun.

Berdasarka­n fakta kes, polis yang sedang menjalanka­n Ops Jenayah, menangkap tertuduh yang sedang menunggang motosikal.

Hasil pemeriksaa­n fizikal, sebilah pisau lipat ditemukan di dalam poket seluar tertuduh dan gagal memberikan penjelasan yang munasabah.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin menyatakan, Mohd Faizal mempunyai dua rekod kesalahan lampau atas kesalahan menggunaka­n dadah, sekitar 2013.

Peguam Alffie Jonney dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon pemenjaraa­n tertuduh dikira dari tarikh tangkap, kerana pengakuan salahnya menjimatka­n masa mahkamah.

Cindy memerintah­kan Mohd Faizal menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap dan barang kes dilupuskan pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia