Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Asas Kejurulati­han Catur tarik minat para guru

-

KOTA MARUDU: Kursus Asas Kejurulati­han Catur telah dianjurkan oleh Kelab Catur SMK Kota Marudu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu yang dirasmikan oleh Pengetua Faridah Raimin.

Kursus itu disampaika­n oleh Harman A Hamid yang sudah berpengala­man dan memiliki sijil pentauliah­an daripada Persatuan Catur Malaysia.

Antara objektif kursus ialah memberikan bahan serta kaedah yang sistematik untuk melatih para pelajar bermain catur dengan mudah dan dapat mengaplika­si kaedah dalam pertanding­an sebenar.

Ia disertai seramai 20 guru dari SMK Kota Marudu serta sekolah-sekolaah dari daerah Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Tuaran dan juga Pulau Jamboanga.

Selama dua hari itu, para guru dapat tunjuk ajar bagi mempraktik­kan kaedah yang sesuai serta memberi pendedahan tentang cara mengendali­kan pertanding­an sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabang­sa.

Dalam ucapan penutupan kursus, Faridah berkata program sedemikian wajar diteruskan dari semasa ke semasa serta boleh dijadikan sebagai program pembanguna­n insan seorang pendidik.

“Ucapan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu yang sentiasa memberi sokongan kepada program sebegini. Semoga pencapaian sukan catur akan terus berkembang bukan sahaja di sekolah ini, malah di negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, setiap peserta mendapat sijil penyertaan dan juga bahan bantu mengajar yang boleh digunakan sebagai bahan untuk membantu pelajar.

Kesemua guru yang hadir berpuas hati dan mencadangk­an agar kursus sedemikian dianjurkan lagi sama ada di daerah Kota Marudu mahupun di daerah lain agar sukan catur terus menjadi lebih maju.

 ??  ?? PESERTA bergambar sambil mempamerka­n sijil tamat kursus.
PESERTA bergambar sambil mempamerka­n sijil tamat kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia