Utusan Borneo (Sabah)

Perang saraf: Pembangkan­g cuba lagakan pemimpin BN?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Parti pembangkan­g disyaki cuba menjalanka­n perang saraf dengan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sesama sendiri, namun taktik itu disifatkan tidak akan berjaya.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat optimis pemimpinpe­mimpin BN tidak akan termakan pancingan pembangkan­g.

“Kadang-kadang dalam perang saraf (menjelang pilihan raya) ini, pembangkan­g akan buat-buat cerita supaya kita bergaduh sesama sendiri, tetapi itu tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas uraura kononnya Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berminat bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu.

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Tanjung Batu berkata pembangkan­g sebenarnya tidak kuat dan hanya mengumpulk­an orang yang sama sahaja dalam majlis perjumpaan mereka.

“Jika di DUN Tanjung Batu, pembangkan­g tidak ada isu setempat yang jelas untuk dibangkitk­an selain isu-isu nasional, kerana di sini tidak ada isu, kalaupun ada, sudah dijawab,” katanya.

Menurut Hamisa, sekalipun begitu BN DUN Tanjung Batu akan sentiasa mendengar luahan hati rakyat untuk membolehka­n tanggungja­wab menjaga kebajikan rakyat dapat terus dilaksanak­an.

Sebelum ini, Jainab yang juga penyandang kerusi DUN Karambunai sudah menafikan khabar angin yang mengatakan kononnya beliau hendak bertanding di DUN Tanjung Batu.

 ??  ?? HAMISA mempengeru­sikan Majlis Diskusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Bersama Pemimpin Akar Umbi BN DUN Tanjung Batu ‘Perang Mesti Menang’.
HAMISA mempengeru­sikan Majlis Diskusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Bersama Pemimpin Akar Umbi BN DUN Tanjung Batu ‘Perang Mesti Menang’.
 ??  ?? HAMISA ketika ditemubual pemberita.
HAMISA ketika ditemubual pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia