Utusan Borneo (Sabah)

Hong Kong Fencing School muncul juara Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Kian Kok Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Hong Kong Fencing School merangkul lima pingat emas, empat perak dan dua gangsa untuk muncul juara kes- eluruhan Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Kian Kok Sabah di sini pada Sabtu dan Ahad.

Tempat kedua dimenangi Kelab Lawan Pedan Bekking Kuala Lumpur dengan tiga emas dan lima gangsa manakala di tempat ketiga adalah Pusat Lawan Pedang Jung, Kuala Lumpur dengan dua emas dan satu perak.

Di tempat keempat adalah SJKC Chung Hwa Likas dengan dua emas dan satu gangsa (2-0-1), diikuti Akademi Lawan Pedang Musketeers (1-5-2), Pusat Lawan Pedang Likas (1-3-2), SMK Kolombong (1-1-1), SM Tshung Tshin (1-0-4), GA Salle d’Armes (1-02), Brunei Fencing Federation (1-0-1), SM Stella Maris (0-2-1), SM Lok Yuk (0-1-0), Z Fencing Singapura (0-1-0) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Johor (0-0-3).

SJKC Chung Hwa Kota Kinabalu, Kian Kok Middle School, SJKC Shan Tao, SK Tanjung Aru, SM Shan Tao, Swashbluck­lers Fencing Club dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula masingmasi­ng menang satu pingat gangsa.

Kejohanan yang menawarkan 18 pingat emas itu disertai 130 atlet dari 27 pasukan dalam dan luar negara.

Pasukan luar negara adalah dari Hong Kong, Singapura dan Brunei. Turut mengambil bahagian adalah pasukan dari Kuala Lumpur, Johor, Sarawak serta pasukan dari kelab-kelab tempatan Sabah.

Timbalan Presiden Persekutua­n Lawan Pedang Malaysia Datuk Alex Sham yang juga presiden Persatuan Lawan Pedang Sabah berkata, kejohanan itu akan dijadikan acara tahunan kerana ia mendapat sambutan penyertaan menggalakk­an bukan sahaja dari luar negeri tetapi luar negara.

 ??  ?? ALEX (kanan) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada ketua jurulatih Hong Kong Fencing School, Cliff Wong.
ALEX (kanan) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada ketua jurulatih Hong Kong Fencing School, Cliff Wong.
 ??  ?? JUARA keseluruha­n, Hong Kong Fencing School.
JUARA keseluruha­n, Hong Kong Fencing School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia