Utusan Borneo (Sabah)

Kg Air muncul juara bola sepak 9S

Rangkul wang tunai RM2,500, julang Piala Parlimen Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Kampung Air dari Beluran muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah (9S) Piala P.183 Beluran 2018 yang berlangsun­g di Padang Kompleks Sukan di sini.

Kejohanan tiga hari itu dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Beluran dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (KBSS) Daerah Beluran dan Persatuan Pengadil Bola Sepak Safa Daerah Beluran.

Kemenangan itu membolehka­n pasukan Kg Air yang diketuai Erwan Budiana Tomong (ketua pasukan) dan dipimpin pengurus pasukan - Sulaiman Tibi, merangkul hadiah wang tunai RM2,500, piala dan 14 medal.

Pasukan Kg Air bimbingan jurulatih berpengalm­an, Buangkan Pagi muncul juara selepas menewaskan pasukan BM FC juga dari Beluran dengan jaringan 4 - 3 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa perlawanan.

Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Bocero FC dan Ostnat FC selepas kedua-duanya tewas pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Kg Air mengalahka­n Bocero FC 3 - 2, manakala BM FC A menundukka­n pasukan Ostnat FC dengan kemenangan tipis 1 – 0 melalui pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Selaku naib juara, pasukan BM FC meraih hadiah kemenangan wang tunai RM1,500, manakala pasukan Bocero FC dan Ostnat FC yang kedua-duanya dinobatkan sebagai pemenang bersama tempat ketiga, menerima wang tunai RM700, piala dan medal untuk semua pemain.

Pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah khas bagi pemenang anugerah pemain terbaik yang dimenangi oleh Rezy dari pasukan Bintang Mas FC, penjaring terbanyak ialah Hamirul dari pasukan Bocero FC yang menjaringk­an lima gol sepanjang kejohanan itu.

Pemain berbakat, Angah dari pasukan Belia Saga dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain muda berpotensi, manakala pasukan terbaik disandang oleh pasukan THP Eangles FC.

Setiausaha Penganjur, Jumari Munat berkata kejohanan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan penuh sebanyak

32 pasukan seperti mana yang disasarkan kerana kejohanan itu dihadkan kepada 32 pasukan terawal mendaftar sahaja.

Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Bala ban F C, I ran F C, D’ Kari n a FC, Sungai Nangka, Bombers United, TM FT, Bomba A,ST FC, SK Pekan, Saporro FC, VetLabuk, Terusan Sugut, PDRM FC dan Tengah FC.

Turut menyertain­ya ialah pasukan MS FC, We Star, Belia Saga, Real Tombonuo, Pendidikan FC, Legend FC, Keniogan FC, Tetabuan FC, TSL Mix, Gener Taion, Bomba B, SESB, Mubel FC dan THP Eagles.

Jumari menjelaska­n, objektif utama penganjura­n kejohanan itu adalah untuk mencungkil bakatbakat baharu sebagai usaha meningkatk­an mutu sukan bola sepak khasnya di daerah Beluran, di samping mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan masyarakat melalui aktiviti sukan.

“Kejohanan ini juga diharap dapat mencungkil bakat dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi,” katanya sambil menjelaska­n kejohanan itu merupakan aktiviti tahunan Pejabat Parlimen Beluran.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Beluran (pada masa itu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 31 Mac lalu, manakala majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pegawai KBSS daerah Beluran, Roland Henry Lindan pada Sabtu lalu (7 April).

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Pengerusi Persatuan Pengadil Bola Sepak Safa Daerah Beluran, Abdul Majid Talib.

Menariknya, walaupun pihak penganjur mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM150 satu pasukan untuk menyertai kejohanan itu, namun kesemua 32 pasukan yang bertanding menerima sumbangan satu set jersi bola sepak.

Ketika berucap merasmikan kejohanan, Ronald menyeru pelbagai pihak di daerah Beluran agar tampil memperbany­akkan lagi penganjura­n kejohanan sukan khasnya bola sepak dengan adanya kemudahan Kompleks Sukan di daerah berkenaan.

Bagaimanap­un, pihak persatuan dan para penggerak atau peminat sukan di daerah Beluran berharap agar pembinaan kemudahan astaka di Kompleks Sukan Beluran dapat dipercepat­kan kerana buat masa ini kompleks tersebut hanya mempunyai tiga kemudahan iaitu sebuah padang bola sepak, lapan lorong trek/balapan untuk acara olahraga dan ruang/ gelanggang untuk acara sukan lontar tukul besi serta kemudahan lapan unit tandas yang baru siap dibina awal tahun lalu.

“Ketiadaan kemudahan astaka dan ruang letak kereta bersimen, selain jalan masuk dari jalan utama menuju ke kompleks yang masih gravel, berhabuk semasa kemarau dan berlumpur semasa hujan, perlu perhatian dan tindakan pihak berwajib,” kata Malik Tajim, 58, seorang penjawat awam di daerah Beluran.

Katanya, selain bangunan astaka yang sepatutnya ada sebagai kemudahan asas untuk para pengguna (pelanggan) kompleks itu, peralatan sukan olahraga seperti tilam, tiang dan palang untuk acara lompat tinggi, pagar untuk acara lari berpagar dan sebagainya seharusnya disediakan dengan lengkap di kompleks itu.

Bagaimanap­un, katanya, ruang stor juga amat penting dan diperlukan untuk penyimpana­n sekiranya peralatan sukan tersebut dibekalkan.

“A payang kita lihat sekarang ini - bangunan astaka, stor, peralatan sukan dan lainlain, semuanya belum ada,” ujarnya sambil menyifatka­n keadaan itu sebagai ‘tidak mesra pelanggan’ walaupun penggunaan kemudahan di kompleks itu berbayar mengikut kadar yang ditetapkan pihak pengurusan kompleks di bawah Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Untuk rekod, Kompleks Sukan Beluran mula dibuka untuk penggunaan awam bermula pada 1 Mei 2016.

“Kejohanan ini juga diharap dapat mencungkil bakat dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengah­kan ke ” peringkat lebih tinggi.

JUMARI MUNAT Setiausaha Penganjur

 ??  ?? PASUKAN Kg Air muncul juara bola sepak 9 sebelah piala Parlimen Beluran 2018.
PASUKAN Kg Air muncul juara bola sepak 9 sebelah piala Parlimen Beluran 2018.
 ??  ?? WAKIL pasukan BM FC menerima hadiah naib johan disampaika­n Roland.
WAKIL pasukan BM FC menerima hadiah naib johan disampaika­n Roland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia